• Sunday, 20 June 2021, 10:55 am

Bayaran balik PTPTN boleh ditangguhkan – Noraini Ahmad

 Bayaran balik PTPTN boleh ditangguhkan – Noraini Ahmad

KUALA LUMPUR, 10 Jun  — Kerajaan bersetuju memberikan penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) selama tiga bulan kepada peminjam yang layak.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, semua peminjam PTPTN yang terkesan boleh mengemukakan permohonan mereka melalui Portal Rasmi PTPTN mulai hari ini (10 Jun) hingga 31 Ogos 2021.

“Keputusan ini diambil kerana kerajaan prihatin dan menyedari terdapat peminjam PTPTN yang masih terkesan dengan pandemik COVID-19 dan belum berupaya membuat bayaran balik pinjaman,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Tambah Noraini lagi, tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman bermula dari bulan permohonan diluluskan manakala, butiran berkenaan perlaksanaan penangguhan bayaran balik pinjaman ini akan diperincikan oleh PTPTN.

Sebelum ini, kerajaan telah menangguhkan bayaran balik pinjaman PTPTN mulai 19 Mac 2020 hingga 31 Disember 2020 kepada semua peminjam PTPTN berikutan pandemik COVID-19.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh dibuat dengan menghubungi Careline PTPTN di talian 03-2193 3000 yang beroperasi Isnin hingga Jumaat dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

 

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *