Batu 10, Kampung Laut Skudai banjir lagi

 Batu 10, Kampung Laut Skudai banjir lagi

Hujan lebat yang turun sekitar jam 5.00 petang menyebabkan kejadian banjir kilat berlaku di Kampung Baru Batu 10 dan Lorong Aris Batu 8 1/2 di Skudai menyebabkan rumah penduduk dimasuki air. Foto Sumber dari Penghulu Mukim Pulai Daerah Johor Bahru

JOHOR BAHRU, 5 Sept –Selang tiga hari dilanda banjir kilat, penduduk di Batu 10, Kampung Laut, Skudai sekali lagi terpaksa dipindahkan apabila kediaman mereka dinaiki air sekali lagi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Skudai, Mohd. Riduan Akhyar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 7.39 malam tadi.

Seramai 20 anggota berserta empat jentera termasuk sebuah bot dikejar ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, beberapa kediaman di kampung berkenaan telah dibaiki air sekali lagi dan usaha menyelamatkan mangsa terus dilakukan.

“Seramai 28 mangsa termasuklah dua warga emas dan 11 kanak-kanak dipindah dan ditempatkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan Skudai,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Setelah kerja-kerja memindahkan mangsa selesai, operasi kemudian ditamatkan pada pukul 12.10 tengah malam.

Nurman Nasyriq

nurman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  5  =  4