Batik: MOTAC bantu usahawan

 Batik: MOTAC bantu usahawan

Datuk Seri Nancy Shukri pada sesi dialog bersama penggiat industri pelancongan semasa Sesi Jerayawara Dasar Pelancongan Negara 2020-2030 Zon Pantai Timur

KUALA LUMPUR, 22 Dis — Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan meningkatkan usaha dalam membantu menaikkan semula industri batik negara. 

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, industri itu sekadar mencatatkan rekod dagangan eksport berjumlah RM 289,000 dalam tempoh 10 bulan tahun ini berikutan pandemik Covid-19.

Katanya, eksport nilai jualan batik mencecah jumlah RM30.9 juta pada 2009.

Ia terus meningkat kepada RM 176.4 juta pada 2019.

“Industri batik ini terus menunjukkan perkembangan yang positif dengan jumlah usahawan batik sehingga 31 Oktober 2021 meningkat kepada 775 orang. 

“Sepanjang tempoh 2016 hingga 2020, dagangan import batik Malaysia oleh pengusaha kraf yang berdaftat adalah sebanyak RM 6.7 juta manakala bagi dagangan eksport Malaysia pada tahun ini sehingga 31 Oktober adalah berjumlah RM289,000. 

“Nilai yang agak rendah ini adalah disebabkan penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia,” katanya pada sidang Dewan Negara pada Selasa. 

Walau bagaimanapun, industri batik dijangka pulih selepas sektor ekonomi dibuka semula sepenuhnya. 

Sehubungan itu, MOTAC dengan kerjasama Kraftangan Malaysia akan melaksanakan program latihan dan bimbingan bagi meningkatkan pengetahuan teknikal usahawan terlibat sekaligus membantu pengeluaran produk yang bermutu. 

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *