Bas Rapid KL pula terbakar

 Bas Rapid KL pula terbakar

Oleh Suraya Ali

KUALA LUMPUR, 26 Mac – Sebuah bas milik Rapid KL dan sebuah kereta musnah dalam kebakaran berhampiran sebuah kolej swasta di Taman Bunga Raya di sini, hari ini.

Dalam sebuah kenyataan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)  berkata Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur terima panggilan kecemasan pada jam 4:59 petang, seterusnya menghantar jentera ke tempat kejadian.

“Pasukan operasi jentera dari BBP Wangsa Maju bersama  sebuah jentera LFRT dan sebuah EMRS, dengan kekuatan 8 anggota,” katanya.

Gambar ihsan BOMBA KL

Menurut Komander Operasi Kanan PBK II Mohamed Yazid Abd Hamid, setibanya jentera dilokasi kejadian didapati berlaku kebakaran melibatkan sebuah bas milik Rapid KL.

“Ketika kejadian berlaku bas tersebut tidak membawa penumpang. Pemandu bas berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Bagaimanapun Bomba berjaya mengawal kebakaran pada jam 5:14 petang.

“Kemusnahan kebakaran bas tersebut dianggarkan seratus peratus dan kebakaran turut melibatkan sebuah kereta yang berada berhampiran dan kemusnahan kenderaan terbabit dianggarkan 5%, ” katanya.

Punca kejadian masih dalam siasatan.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

85  −  78  =