Bas meletup lima orang cedera, satu maut

 Bas meletup lima orang cedera, satu maut

AFGHANISTAN: Sebuah letupan kecil telah pun berlaku di sebuah bandar Kabul, Afghanistan.

Difahamkan, letupan tersebut melibatkan sebuah bas mini yang mengakibatkan seorang maut manakala lima lagi cedera, dan insiden berlaku di sana.

Memetik sumber Astro Awani, menurut pemandu bas dan pekerja kecemasan, kawasan kejiranan itu kebanyakannya dihuni komuniti Hazara, masyarakat minoriti di Afghanistan.

Pemandu yang dikenali sebagai Murtaza berkata, dia melihat dua penumpang dengan pakaian mereka terbakar jatuh dari belakang kenderaan manakala penumpang lain melarikan diri dari hadapan.

Komuniti Hazara menjadi sasaran kempen keganasan yang kejam sejak beberapa tahun lalu oleh Daesh.

Beberapa serangan maut dilancarkan kumpulan itu terhadap komuniti Hazara termasuk serangan pada 2020 ke atas hospital bersalin.

Izz Fizz

izz@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

7  +  3  =