Bas kemalangan, 19 orang maut di tempat kejadian

 Bas kemalangan, 19 orang maut di tempat kejadian

MEXICO CITY: 19 individu dilaporkan maut dalam perjalanan ke satu acara keagamaan di Mexico manakala 32 yang lain cedera dalam nahas bas semalam.

Memetik sumber Berita Harian, menurut pihak berkuasa, seorang pegawai kanan di wilayah tengah Mexico, Ricardo de la Cruz Musalem, semua mangsa yang berasal dari wilayah barat Michoacan itu sedang menuju ke sebuah kuil Katolik.

Sejumlah 19 orang disahkan meninggal dunia dalam tragedi ini manakala tidak kurang 32 yang lain cedera dan dibawa ke hospital berhampiran,” katanya kepada stesen televisyen Milenio.

Imej disiarkan media tempatan menunjukkan bahagian hadapan bas terbabit hampir musnah selepas melanggar sebuah rumah di Joquicingo, wilayah Manilalco di Mexico.

Kemalangan jalan raya sehingga membawa maut bukan perkara luar biasa di Mexico.

Pada September lalu, sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh dan 32 lain cedera dalam rempuhan membabitkan sebuah bas dan trak di negeri utara Sonora.

Pada April lalu pula, pelanggaran antara dua bas yang membawa pekerja di sebuah lombong di lokasi lain di Sonora mengakibatkan sekurang-kurangnya 16 orang maut.

Izz Fizz

izz@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

14  −    =  11