Bas bertembung, 14 maut dan 17 orang cedera.

 Bas bertembung, 14 maut dan 17 orang cedera.

KAHERAH: Sebuah bas mini dilaporkan mengalami kemalangan setelah bertembung dengan koc pada kelajuan maksima di Semananjung Sinai, Mesir hari ini.

Ekoran itu, 14 orang dilaporkan telah terkorban dalam nahas berkenaan, manakala 17 orang lagi tercedera.

Memetik sumber Berita Harian, mnurut pegawai keselamatan, katanya, bas mini dan koc dari arah ibu negara Kaherah menuju ke pusat peranginan Laut Merah di Sharm el-Sheikh itu bertembung ketika dipandu laju dalam jarak penglihatan kabur akibat kabus ketika subuh.

gambar sekadar hiasan

Nahas itu berlaku berhampiran El-Tor di selatan Sinai, kira-kira 300 kilometer (km) di tenggara Kaherah dan mangsa dibawa ke hospital di El-Tor.

Kemalangan jalan raya kerap berlaku di Mesir kerana banyak jalan raya diselenggara dengan teruk dan peraturan lalu lintas sering diabaikan.

Menurut angka rasmi, kira-kira 7,000 orang maut akibat kemalangan jalan raya pada 2020.

Izz Fizz

izz@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

63  +    =  64