BARU SEDAR JIRAN SEBELAH MENINGGAL

 BARU SEDAR JIRAN SEBELAH MENINGGAL

C. Ambiga

Oleh Wan Noor Hayati Wan Alias

SHAH ALAM : Seorang mangsa yang terselamat daripada bencana banjir baru mengetahui jiran sebelah rumahnya meninggal dunia dipercayai akibat terjatuh dalam air yang menenggelamkan kediamannya di Jalan Bahagia Taman Seri Muda, Seksyen 25 di sini.

C. Ambiga memberitahu, jirannya itu seorang warga emas lelaki yang uzur dan tidak boleh berjalan dengan baik tinggal bersama seekor anjing.

“Hari ini saya baru menerima berita kematiannya dipercayai kerana terjatuh dalam usaha menyelamatkan dirinya.

“Ketika malam itu tiada bantuan, tiada talian internet atau komunikasi, tiada bekalan elektrik dan keadaan amat gelap.

“Saya tidak tahu kenapa bantuan lewat tiba mungkin situasi seperti ini menyebabkan tiada bantuan awal yang dihantar ke lokasi ini, jika tiada bantuan orang ramai agaknya lebih ramai yang mati terperangkap di dalam rumah, ” katanya.

Ambiga yang tinggal bersama ibunya yang berusia 70 an berkata mereka naik ke tingkat dua rumah dan keluar melalui tingkap ketika bot bomba tiba pada hari Ahad lalu.

Tambahnya, beliau turut terdengar bunyi anjing dan dipercayai terperangkap di dalam rumahnya kerana terkunci dari dalam sejak Sabtu lalu.

“Tidak tahu bagaimana keadaan anjing itu, harap ada yang datang membantu,” katanya.

Sebanyak 23 kematian dilaporkan berlaku di kawasan-kawasan terjejas akibat banjir di Selangor akibat hujan lebat sejak selama tiga hari bermula Jumaat lalu.

WMY

WMY@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

1  +  8  =