Baru Bian positif COVID-19

 Baru Bian positif COVID-19

Baru Bian

KUCHING, 12 Sept — Ahli Parlimen Selangau Baru Bian mengesahkan dirinya positif COVID-19 dan tidak dapat menghadiri persidangan Dewan Rakyat yang dijadual bermula esok.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau memaklumkan telah diuji positif selepas menjalani ujian saringan Tindak Balas Berantai Polimerase (RT-PCR) pada Jumaat lalu.

“Saya diminta menjalani kuarantin sehingga 21 Sept dan tidak dapat menghadiri sidang Parlimen sehingga kuarantin selesai.

““Saya mengalami gejala ringan seperti selesema, demam dan semakin beransur pulih sejak semalam,” katanya.

Beliau dijadualkan bertolak ke Kuala Lumpur dari Kuching hari ini namun terpaksa menangguhkan hasratnya itu.

Baru, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ba’Kelalan, berkata vaksinasi yang telah diterimanya beberapa bulan lalu berjaya mengurangkan kesan yang lebih serius antaranya keperluan dimasukan ke hospital.

Saya sangat menggalakkan mereka yang belum divaksin untuk mendapatkan vaksin…ia boleh menyelamatkan nyawa anda,” katanya.

Fazlan

fazlan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  2  =  2