Barisan Kabinet baru menstabilkan politik negara

 Barisan Kabinet baru menstabilkan politik negara

KUALA LUMPUR, 27 Ogos — Penganalisis politik, Prof Datuk Dr Zainal Kling berpendapat, barisan Kabinet baharu kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak ada masalah untuk bekerjasama.

Beliau berkata, campuran muka baharu dengan ahli politik berpengalaman menunjukkan kestabilan dalam kerajaan.

“Mereka kini harus mempercepatkan untuk menjalankan perancangan kerajaan yang telah ditetapkan sebelum ini,” katanya.

Tambah beliau lagi langkah melantik ahli UMNO yang berpengalaman juga menunjukkan langkah ke arah kestabilan kerajaan.

Beliau berkata demikian mengulas senarai menteri Kabinet yang baru diumumkan oleh Perdana Menteri sebentar tadi.

Antara menteri yang dilantik adalah Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin sebagai Menteri Kesihatan; Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dilantik sebagai Belia dan Sukan; Ahli Parlimen Ketereh, manakala Tan Sri Annuar Musa sebagai Menteri Komunikasi dan Mmultimedia.

Turut kekal di dalam Kabinet adalah Datuk Seri Azmin Ali sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Tengku Zafrul kekal sebagai Menteri Kewangan.

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

1  +  6  =