Bapa Noryn Aziz meninggal dunia

 Bapa Noryn Aziz meninggal dunia

PETALING JAYA : Penyanyi Noryn Aziz berkongsi khabar duka bapanya, Allahyarham Abd Aziz Mohd Dali meninggal dunia sekitar jam 2.30 petang tadi akibat penyakit kanser hati.

Menerusi hantaran di Instagram, Noryn memaklumkan, bapanya menghidap kanser hati tahap empat dan menghembuskan nafas terakhir di rumah keluarganya di Shah Alam.

Jelasnya lagi, solat jenazah akan berlangsung selepas solat Isyak dan jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Budiman sekitar jam 9 malam tadi. 

“Dengan duka citanya dimaklumkan ayah kesayangan Noryn kembali ke Rahmatullah petang ini di rumah keluarga kami di Shah Alam.

“Solat jenazah Insya-Allah berlangsung selepas Isyak di Surau Rahaiyatul Firdaus, Alam Budiman U10, Shah Alam,” katanya.

Tambahnya, jenazah Allahyarham kemudian akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Budiman pada jam 9 malam ini. Al-Fatihah buat ayah tersayang,” katanya.

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

54  −  46  =