Bapa Ebit Liew uzur

 Bapa Ebit Liew uzur

KUALA LUMPUR, 19 Jun — Bapa Pendakwah terkenal, Ebit Lew  dilaporkan uzur dan kini berada di sebuah hospital di sini.

Ebit Liew yang kini berada di luar negara untuk misi bantuan kemanusiaan ke Gaza memohon orang ramai mendoakan bapanya, Ibrahim Lew, 84 yang sedang sakit.

Dalam sebuah hantaran di laman Facebooknya, Ebit berkata keadaan kesihatan bapanya yang berusia 84 tahun di hospital semakin ‘berat’.

“Mohon doakan. Sekarang ayah dijaga oleh abang. Pohon doakan Allah hilangkan rasa sakitnya dan beri cepat sembuh.

“Ya Allah sembuhkanlah ayahku,” katanya hari ini.

Tambah Ebit, beliau pernah menghubungi bapanya semasa bapanya masih sedar dan beliau sempat berpesan agar Ebit menyempurnakan kerjanya di Gaza kerana Allah.

“Hidup ini satu perjuangan. Kadangkala tidak sedar sangat. Ya Allah.

“Insya-Allah akan balik dalam masa terdekat. Doakan ya semuanya,” katanya lagi.

Pada April lalu bapa pendakwah itu dilaporkan menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan.

Ebit Lew bagaimanapun tidak menjelaskan penyakit dialami bapanya, namun memberitahu kesihatan bapanya merosot beberapa bulan sebelum itu.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *