Banyak kematian ketika Kanada dilanda cuaca panas melampau

 Banyak kematian ketika Kanada dilanda cuaca panas melampau

Seekor anjing berenang di sebuah kolam di bandar Vancouver untuk menyejukkan diri (Foto Reuters)

TRENTON (Kanada), 30 Jun — Cuaca panas melampau yang melanda bahagian barat Kanada mungkin telah menyebabkan banyak kematian di Vancouver, lapor polis pada Selasa.

Di wilayah British Columbia (B.C.), Royal Canadian Mounted Police (RCMP) meminta orang ramai “untuk periksa anggota keluarga dan jiran ketika gelombang haba berterusan di Metro Vancouver.”

Menurut Agensi Anadolu (AA), sejak Isnin, RCMP menerima 25 laporan kematian mengejut di bandar Burnaby.

Menurut polis, meskipun masih dalam siasatan, cuaca panas melampau dipercayai menjadi faktor penyumbang kepada sebahagian besar kematian itu. Kebanyakan yang meninggal dunia adalah warga emas berusia lebih 65 tahun.

“Periksa jiran dan ahli keluarga, dan warga emas yang anda kenal,” kata Koperal Mike Kalanj dari RCMP Burnaby RCMP pada Selasa. Burnaby terletak kira-kira 14 kilometer (km) dari Vancouver.

Menurut Environment Canada cuaca panas melampau diramal berterusan dengan suhu sehingga 103 darjah Fahrenheit di seluruh B.C., Alberta, Yukon dan di wilayah North West, umpama berada di bawah “kubah haba”.

Di Lytton, kira-kira 260 km timur laut Vancouver, suhu mencecah 47.9 darjah Celsius, suhu terpanas pernah dicatatkan di Kanada,  lebih panas di Lytton dan kawasan lain berbanding Dubai.

Polis Vancouver menyatakan pihak menerima sekurang-kurangnya 63 panggilan kecemasan melibatkan kematian mengejut sejak gelombang haba bermula Sabtu.

Pakar meteorologi Environment Canada Armel Castellon dan beberapa pakar lain menyatakan gelombang haba itu akibat perubahan iklim.

Suhu panas diramal berterusan sehingga hujung minggu ini.

 

 

 

— BERNAMA

 

 

 

WMY

WMY@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

32  +    =  37