Bantuan Prihatin Rakyat JB dilancar

 Bantuan Prihatin Rakyat JB dilancar

Datuk Hajah Azlinda menyerahkan sumbangan kepada penduduk, kelmarin

JOHOR BAHRU 21 Feb: SRIKANDI BERSATU Bahagian Johor Bahru melancarkan inisiatif secara berperingkat untuk membantu meringankan beban komuniti B40 yang mendiami pangsapuri Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sekitar bandar raya ini.

Program Bantuan Prihatin Rakyat Johor Bahru ini diselaraskan oleh Ahli Jawatankuasa BERSATU Bahagian, Syed Mohd Nazlin Syed Ismail, dengan kerjasama Srikandi BERSATU Johor Bahru dan beberapa NGO yang turut bersama menbantu.

Beliau berkata, inisiatif pertama yang dilaksanakan ialah mengagihkan 1,000 papan telur ayam kepada kepada kumpulan sasaran yang akan melibatkan 10 sesi serahan sekitar Johor Bahru.

Sesi agihan pertama kelmarin melibatkan 100 keluarga Pangsapuri Desa Datuk Hajah Hasnah di sini yang turut dihadiri penaung program Bantuan Prihatin Rakyat Datuk Hajah Azlinda Abdul Latif, Ketua Srikandi Negeri Johor merangkap Ketua Srikandi Bahagian Johor Bahru serta Timbalan Ketua BERSATU Bahagian Johor Bahru, Razrul Anwar Rusli.

Syed Mohd Nazlin berkata, pada sesi itu juga pihaknya membuka kaunter untuk menerima pertanyaan dan aduan penghuni terlibat mengenai apa sahaja masalah atau kesulitan mereka.

Nazlin menyerahkan sumbangan kepada komuniti PPR Johor Bahru

“Daripada 100 wakil keluarga yang menerima agihan bantuan itu, kami mengesan 30 kes yang disalurkan kepada beberapa agensi terlibat termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat serta Majlis Agama Islam Johor,” katanya.

Bantuan lain yang mampu disalurkan oleh BERSATU akan diuruskan oleh petugas Srikandi BERSATU Johor Bahru dan diserahkan terus ke kediaman keluarga terlibat.

Inisiatif seperti ini akan diteruskan dari masa ke semasa melibatkan bantuan lain termasuk beras dan barang keperluan asas lain.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

9  +  1  =