Bantuan GKP 4.0 tak cukup – DPMM

 Bantuan GKP 4.0 tak cukup – DPMM

Abdul Halim Husin

KUALA LUMPUR, 17 Sept — Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) menyifatkan bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 tidak mencukupi untuk menampung modal dan memulihkan perniagaan.

Presidennya, Abdul Halim Husin, berkata usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) ketika ini terkesan disebabkan pelbagai faktor, bukan sahaja disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Saya lihat bantuan ini dapat meringankan beban tetapi ia tidak mencukupi. Jumlah RM500 yang diberikan untuk sebulan tidak mampu menampung kos perniagaan menjual nasi lemak di tepi jalan yang modalnya mencecah RM1,000.

“Ditambah dengan kenaikan harga barang sejak akhir-akhir ini yang membebankan, ini tentunya tidak cukup untuk peniaga kecil bertahan dengan hanya bergantung kepada bantuan itu,” katanya.

Hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) akan disalurkan bermula Selasa depan.

Beliau berkata, bantuan berkenaan yang keseluruhannya berjumlah RM500 juta, akan memberi manfaat kepada sejuta PKS mikro.

Abdul Halim berkata, pengusaha PKS kecewa kerana bantuan yang diberikan itu tidak memadai untuk meneruskan kelangsungan perniagaan.

“GKP 4.0 kali ini bagaikan memberi bantuan kepada golongan berpendapatan 40 peratus terendah (B40), bukan PKS.

“Ia seolah-olah bantuan untuk beri makan seorang anak selama sebulan,” katanya.

WMY

WMY@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *