Bank Islam mula hala tuju lima tahun bagi penyampaian teknologi

 Bank Islam mula hala tuju lima tahun bagi penyampaian teknologi

KUALA LUMPUR, 1 Mei — Subsidiari BIMB Holdings Bhd, Bank Islam Malaysia Bhd telah memulakan pelan hala tuju lima tahun bagi mentakrifkan semula pertumbuhan termasuk bekerja dan memperkenalkan teknologi terbaharu untuk menangani cabaran semasa sebagai sebahagian daripada rancangan perniagaan 2021.

BIMB dalam Laporan Tahunan 2020 berkata menjelang 2025, bank itu bercita-cita untuk menjadi peneraju penyelesaian kewangan alam sekitar, sosial dan tadbir urus Syariah (Shariah-ESG) yang menyeluruh dengan kepimpinan dalam perbankan digital serta kewangan sosial.

“Pelan ini menggerakkan enam objektif strategik yang berteraskan┬ákepada peranan bank sebagai perantara berasaskan nilai (VBI) iaitu kemakmuran mampan, budaya berasaskan nilai, pemerkasaan komuniti, keutamaan pelanggan, ekonomi sebenar dan pendigitalan,” katanya.

BIMB berkata objektif itu akan disokong oleh inisiatif utama, secara langsung menumpukan usaha ke arah matlamat akhir menjelang 2025 seperti memperluaskan portfolio berkaitan ekonomi sebenar termasuk ekonomi hijau, pelaksanaan model perniagaan pengurusan kekayaan bersepadu, mempercepatkan pendigitalan, menggalakkan kewangan sosial dan menguatkuasakan inisiatif pengurusan kos.

Katanya, dengan berlatarbelakangkan metrik kredit yang kukuh dengan pengesahan semula AA3/Stabil/P1 baru-baru ini dari RAM Ratings, BIMB meneruskan cadangan langkah penstrukturan semula kumpulan yang akan membuka nilai penting bagi pemegang saham serta memindahkan status penyenaraiannya kepada anak syarikatnya, Bank Islam.

“Langkah itu akan menyaksikan bank tersebut menjadi satu-satunya institusi kewangan Islam sepenuhnya yang tersenarai di Malaysia, mempunyai akses yang lebih besar untuk memanfaatkan pasaran modal bagi┬ápengembangan masa depan yang menarik,” katanya.

Sementara itu, Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Bhd (Takaful Malaysia) telah mengambil langkah yang perlu untuk mengukuhkan daya tahan perniagaan serta menyesuaikan model operasinya dalam menguruskan perniagaan dalam pasaran yang sangat berbeza dan landskap operasi yang dinamik.

Oleh itu, Takaful Malaysia kekal berwaspada dalam menguruskan kos operasi, pertumbuhan perniagaan dan risiko portfolio.

“Sebagai perintis┬áserta penggunaan awal pengedaran dalam talian dan teknologi digital baharu yang menyokong saluran pengedaran kami, kami dapat mengurangkan beberapa cabaran jualan dan operasi yang dihadapi semasa tempoh pandemik COVID-19.

“Keupayaan digital serta teknologi kami telah membolehkan kami mengekalkan perkhidmatan perniagaan kepada semua perantara jualan, rakan bank dan pelanggan kami,” katanya.

Dalam mengekalkan kedudukannya di pasaran dan untuk menyokong pertumbuhan perniagaan serta berpusat kepada pelanggan, Takaful Malaysia akan meneruskan strategi inovatifnya melalui pelaksanaan strategi digital, penyelesaian dalam talian dan ekosistem digital, pengembangan keupayaan pengedaran, perkongsian strategik dengan bank Islam yang terkemuka serta inisiatif kesedaran jenama.

 

 

 

 

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  6  =  2