Banjir ‘teramat buruk’

 Banjir ‘teramat buruk’

Keadaan banjir di bandar Zhengzhou, wilayah Henan. – FOTO AFP

BEIJING, 21 Jul — Presiden China, Xi Jinping, mengisytiharkan banjir yang melanda wilayah Henan sebagai ‘teramat buruk’.

Media tempatan melaporkan, beliau berkata bencana itu turut menjejaskan empangan sehingga mengakibatkan kecederaan serius, kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda.

“Kita sudah memasuki peringkat kawalan banjir yang kritikal.

“Pemimpin dan kader daripada segenap lapisan masyarakat mesti menerajui usaha segera untuk melindungi dan menyelamatkan mangsa bencana,” katanya menurut stesen penyiaran CCTV.

Bencana itu turut menyaksikan kira-kira 200,000 penduduk bandar Zhengzhou di wilayah Henan sudah dipindahkan, setakat ini, menurut pegawai kerajaan tempatan.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *