• Monday, 21 June 2021, 3:08 am

Banjir: Pantau segera infrastruktur awam di Sabah – Bung Moktar

 Banjir: Pantau segera infrastruktur awam di Sabah – Bung Moktar

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

KOTA KINABALU, 21 Mei — Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dan pihak terlibat, harus¬† memantau segera keadaan infrastruktur awam khususnya jalan raya dan jambatan, bagi memastikan ia dalam keadaan baik ketika berdepan banjir ketika ini, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Beliau yang juga Menteri Kerja Raya negeri berkata, hujan lebat berterusan dan banjir ketika ini boleh menyebabkan beberapa kejadian seperti jalan rosak, tanah runtuh, serta jambatan hanyut, yang perlu diambil tindakan pembaikan segera.

Sehubungan itu katanya, agensi terlibat terutama JKR Sabah perlu bersiap sedia bagi menghadapi perkara ini, supaya kerja-kerja pembaikan tidak tertangguh dan dapat dilakukan dengan kadar segera.

“Semua jurutera daerah yang terlibat perlu turun padang bagi memantau keadaan ini, kerosakan perlu kita perbaiki dengan segera, dan laksanakan dengan baik.

‚ÄúKerosakan besar yang melibatkan kos pembaikan yang tinggi, laporan segera perlu dikemukakan ke ibu pejabat bagi memohon peruntukan dari kerajaan, untuk membaikinya,‚Ä̬†katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu Bung Moktar berkata, perkhidmatan kereta api antara Kota Kinabalu, Beaufort dan Tenom, turut terjejas ekoran landasan kereta api turut dinaiki banjir di beberapa buah lokasi, menyebabkan kereta api tidak dapat beroperasi.

Beliau turut meminta mereka yang terjejas supaya bersabar, dan terus mematuhi prosedur operasi standard mencegah COVID-19,  selain kerajaan akan menyalurkan bantuan yang perlu kepada mereka yang terjejas dalam musibah banjir ini.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *