Banjir melanda ibu negara ini, sama dengan banjir besar pada 1971 – Yang di-Pertuan Agong

 Banjir melanda ibu negara ini, sama dengan banjir besar pada 1971 – Yang di-Pertuan Agong

KUALA LUMPUR, 19 DISEMBER – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menyifatkan senario banjir yang melanda ibu negara malam tadi, seolah-olah sama dengan banjir besar yang berlaku pada 1971.

Seri Paduka Baginda turut bertitah rakyat Malaysia perlu mengambil teladan untuk bersiap sedia.

“Semua pihak membuat persediaan rapi memandangkan cuaca diramalkan kurang baik pada bulan ini (Disember) dan Januari.”

Seri Paduka bertitah demikian selepas berkenan mencemar duli turun padang membuat lawatan peribadi menziarahi penduduk terjejas banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru dan turut meluangkan masa hampir sejam bagi menyantuni serta beramah mesra bersama penduduk yang terjejas banjir.

Baginda turut menyeru agar agensi-agensi kerajaan bertindak pantas untuk memberi bantuan kepada penduduk terjejas banjir dan turut berpesan supaya mangsa banjir terus bersabar dengan keadaan yang berlaku.

“Hulurkan segala bentuk bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di seluruh negara dengan lebih pantas, termasuk khemah-khemah yang mencukupi di PPS untuk keselesaan mangsa-mangsa banjir”.

“Patuhi semua nasihat dan arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan demi keselamatan diri dan keluarga tersayang,” katanya.

Irmamusliana Mustajab

emma@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

36  −    =  27