Bangga dapat pujuk Orang Asli terima vaksinasi COVID-19

 Bangga dapat pujuk Orang Asli terima vaksinasi COVID-19

Penolong Pegawai Farmasi, Ria Rustysha Nong memberi penerangan kepada masyarakat Orang Asli kebaikan menerima suntikan vaksin COVID-19. Foto WMY/Mohd Fikri Mie

LIPIS, 23 Jun – “Kejayaan memujuk masyarakat Orang Asli di kawasan pendalaman daerah ini supaya menerima suntikan vaksin COVID-19 yang disediakan untuk mereka suatu kepuasan pada saya.

“Mungkin disebabkan sama keturunan (Orang Asli) mereka menerima nasihat saya walaupun sebelum ini ramai masyarakat Orang Asli tidak berminat menerima vaksin berkenaan,” kata Zuraily Uda@Longgok, 33.

Zuraily Uda@Longgok

Dia yang juga Pegawai Psikologi (Kaunseling) Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Lipis berkata, tugas utama digalas sepanjang Program Outreach Vaksinasi (POV) COVID-19 di daerah ini ialah memujuk seberapa ramai masyarakat Orang Asli untuk menerima suntikan vaksin COVID-19.

Katanya, selain nasihat kaedah psikologi turut digunakan dalam memastikan golongan terbabit akur dengan saranan kerajaan untuk melihat lebih ramai lagi masyarakat Orang Asli di daerah ini menerima suntikan vaksin COVID-19.

“Selain mengadakan penerangan secara berkumpulan, saya juga akan bertemu secara bersemuka individu yang begitu bimbang dan takut untuk menerima suntikan vaksin COVID-19.

“Bagi menjayakan POV COVID-19 yang dilancarkan pada 16 Jun lalu, saya bersama jururawat, pegawai perubatan dan doktor pergi ke kampung pendalaman untuk untuk memberi suntikan vaksin COVID-19 kepada kumpulan sasar.

“Saya bertemu dengan masyarakat Orang Asli suku kaum Semai yang sama bahasa dengan saya, saya berbual dengan mereka sambil memujuk dan merayu,” katanya yang menetap di Pos Pantos, di sini.

Beliau ditemui pada POV COVID-19 di Kampung Meter di Rancangan Penempatan Semula (RPS) Betau, kelmarin.

Bukti kesungguhan kerajaan menjaga kesihatan masyarakat Orang Asli apabila diadakan POV ke pelusuh kampung pendalaman. Foto WMY/Mohd Fikri Mie

Zuraily berkata, bercakap dengan penuh adab dan lemah lembut dapat menarik minat masyarakat Orang Asli di kawasan pendalaman menerima suntikan vaksin COVID-19 secara sukarela.

Tambahnya lagi, berita yang tidak benar disebarkan pihak tidak bertanggungjawab menjadi antara faktor golongan muda Orang Asli tidak berminat untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19, pelbagai alasan diberikan namun dengan usaha dilakukan Kementerian

Kesihatan Malaysia (KKM) perubahan semakin ketara dapat dilihat.

“Kalau boleh saya ingin melihat semua masyarakat Orang Asli suku kaum Semai di daerah ini berumur 18 tahun ke atas menerima suntikan vaksin COVID-19 yang disediakan kerajaan.

“Bukti kesungguhan kerajaan menjaga kesihatan masyarakat Orang Asli apabila diadakan POV ke pelusuh kampung pendalaman,” katanya yang akan terus menjayakan POV.

Bagi Ria Rustysha Nong, 27 usaha memberi kesedaran terhadap pentingnya vaksin COVID-19 dikalangan masyarakat Orang Asli dilakukan dengan cara memberi nasihat dan penerangan secara berterusan.

“Selaku Penolong Pegawai Farmasi Klinik Kesihatan Betau menjadi tanggungjawab saya memujuk Orang Asli supaya menerima suntikan vaksin COVID-19.

“Orang Asli lebih percaya apabila maklumat disampaikan oleh individu yang sama kaum dengan mereka, menggunakan bahasa suku kaum Semai saya memberi penerangan secara berhemah,” katanya yang menetap di RPS Betau.

Katanya, dia berpuas hati apabila usaha memujuk Orang Asli dilakukan bersama Zuraily semakin berkesan apabila sambutan masyarakat Orang Asli untuk menerima suntikan vaksin COVID-19 terus bertambah.

Mohd Fikri Mie

Fikri@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

79  +    =  88