Bangga dapat hasilkan ayam ratu berkualiti tinggi

 Bangga dapat hasilkan ayam ratu berkualiti tinggi

PEKAN, 22 Jun – ayam ratu memiliki kecantikan yang tersendiri tidak terdapat pada ayam baka lain. Foto WMY/Mohd Fikri Mie

PEKAN, 22 Jun — Bermula hanya sekadar hobi dengan memiliki sepasang ayam ratu baka Leung Hang Khao (LHK) berusia dua bulan yang dibeli dengan harga RM1,000, kini Samsul Azwan Mohd Soaud, 41, muncul sebagai pembekal utama ayam jenis itu di negara ini.

Beroperasi di ladang seluar 0.4 hektar di Kampung Permatang Pasir, di sini, dia kini memiliki lebih 300 ekor ayam ratu membabitkan empat jenis baka iaitu LHK, Super Green, Kai Dang dan Thaothong Hang Khao (THK) yang berasal dari Thailand.

Penternak ayam ratu, Samsul Azwan Mohd Soaud membekalkan ayam ratu keseluruh negara. Foto WMY/Mohd Fikri Mie

Samsul Azwan berkata, permintaan terhadap ayam ratu yang mula diperkenalkan di negara ini kira-kira enam tahun lalu begitu menggalakkan kerana kecantikan serta keunikan corak warna pada bulu haiwan itu membuatkan ia terus diminati.

Katanya, setiap baka atau jenis ayam ratu mempunyai warna, saiz, bentuk badan serta pelbagai keistimewaan tersendiri dan hanya individu tertentu dapat menilai kelebihan ayam berkenaan dengan status selaku juara pertandingan akan melonjakkan lagi ‘imej’ ayam terbabit.

Katanya, permintaan menggalakkan terhadap ayam ratu terutama di pantai timur membuka peluang kepadanya terbabit dalam industri menghasilkan telur, benih dan ayam dewasa sejak lebih tiga tahun lalu.

enternak ayam ratu, Samsul Azwan Mohd Soaud bersama ayam ratu baka Leung Hang Khao (LHK). Foto WMY/Mohd Fikri Mie

“Permintaan terhadap ayam ratu datang daripada seluruh negara, peminatnya daripada pelbagai peringkat dan mereka sanggup berbelanjar besar bagi mendapatkan baka ayam ratu yang berkualiti serta menarik.

“Selain untuk menyertai pertandingan terdapat individu yang memiliki ayam ratu hanya sebagai hobi selain berbangga mampu memiliki ayam ratu yang menarik.

“Harga ayam ratu mengikut jenis baka, umur dan saiz. Ia dijual antara RM200 hingga RM15,000 seekor, bagi ayam yang pernah muncul juara pada pertandingan disertai harganya meningkat dua hingga empat kali ganda,” katanya.

Mohd Fikri Mie

Fikri@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  36  =  42