Banduan larikan diri diberkas semula

 Banduan larikan diri diberkas semula

Oleh Nurman Nasyriq

KLUANG, 21 Mac – Tidak sampai tiga jam melarikan diri dari Pusat Tahanan Reintergrasi di Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Padang Hijau di sini semalam, seorang banduan dapat ditangkap semula.

Banduan berusia 38 tahun dan berasal dari Jertih, Terengganu itu ditangkap kira-kira jam 6 petang semalam di kawasan perumahan Ladang Cattle Queen Padang Hijau tidak jauh dari kem berkenaan.

Semasa ditangkap, banduan lelaki itu sudah menukar pakaian dengan memakai seluar putih dan baju kemeja bagi mengelak dicam orang ramai.

Menurut Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Low Hang Seng, suspek ditangkap hasil maklumat orang awam yang melihat seorang lelaki berlegar-legar di kawasan tersebut.

“Banduan itu adalah pesalah yang telah dijatuhkan hukuman di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) pada 25 Februari lalu di Mahkamah Majistret Johor Bahru,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Dalam kejadian jam 4.50 petang semalam, empat banduan melarikan diri sebelum pegawai warden memaklumkan perkara itu kepada polis.

Tiga banduan ditangkap semula manakala banduan berusia 38 tahun itu melarikan diri sebelum diberkas semula.

Mereka adalah banduan yang sudah dituduh di mahkamah dan akan dihantar ke PLKN untuk tapisan keselamatan COVID-19 (PTP) untuk 14 hari sebelum dihantar ke Ulu Choh, Pontian.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

7  +  2  =