Balkoni kondo jadi kebun sayur

 Balkoni kondo jadi kebun sayur

Sheikh Faisal bersama sayuran di kebun balkoni kondo miliknya

Oleh Iqhram Ahmad

KELANA JAYA, 10 Feb: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama pada Mac  2020 mendorong rakyat mencari hobi baharu terutamanya aktiviti yang boleh dibuat di rumah atau kawasan perumahan.

Bagi Sheikh Faisal Sheikh Mansor, PKP memberi peluang beliau sekeluarga  memanfaatkan hobi baharu serta ruang yang tersedia ada di kondominium mereka untuk menanam pelbagai jenis sayuran.

Beliau berkata, hobi yang dilakukan bersama isteri dan anak tiga tahun lalu, bermula dengan hanya menanam bayam Brazil.

“Pada masa itu, balkoni kami kosong dan tiada satu pasu pun. Sejak itu menamam bayam Brazil itu, kami mula seronok dan menambah pasu serta membeli tanah untuk menanam sayur lain.”

Walaupun ruang menanam di kondominiumnya hanya kira-kira 46 kaki persegi, beliau berjaya memanfaatkan ruang itu dengan menanam lebih 20 jenis sayuran, kata beliau kepada Wacana.my.

Bagi menjimatkan ruang, Sheikh Faisal dan isteri menggunakan kaedah hidroponik di mana akar sayur diletakkan ke dalam air baja (nutrien) tanpa menggunakan tanah.

Antara sayur yang boleh ditanam di balkoni kondominiumnya ialah sawi, cili, tomato, daun sup, pandan dan avocado.

“Setiap kali bangun pagi atau balik kerja, perkara pertama saya buat adalah membuka pintu balkoni dan melihat sayur yang ditanam. Ia seperti satu terapi kerana saya boleh merasa segar dan tenang,” katanya.

Beliau yang mempunyai syarikat penerbitan buku dan firma perunding sendiri, turut mencipta sebuah akaun Facebook dengan nama RnR Condo Farming.

Nama akaun Facebook itu sempena nama dua anaknya – Rayyan dan Rayhana yang turut berminat untuk berkebun.

Sheikh Faisal bersama seorang anak saudaranya mengetip sayuran

Dalam FB tersebut, Syeikh Faisal turut berkongsi petua, maklumat serta pengalaman sepanjang berkecimpung dengan hobi itu.

Baru-baru ini, pegawai Majlis Bandaraya Petaling Jaya datang ke rumah beliau bagi mempromosi aktiviti menanam pokok kepada warga bandar raya itu.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

99  −  96  =