Baju ‘hiking’ Nora Danish dilihat seakan-akan bogel

 Baju ‘hiking’ Nora Danish dilihat seakan-akan bogel


PETALING JAYA : Pelakon, Nora Danish sekali lagi menjadi perhatian netizen apabila tampil menggayakan baju berona coklat ketika mendaki Bukit Dinding, Kuala Lumpur pada Sabtu pagi.

Perkongsian aktiviti pertemanan sihat ibu kepada dua cahaya mata itu mengundang pelbagai reaksi yang mana ada yang melihat Nora seakan-akan berbogel gara-gara tona warna pakaian sendatnya itu.

Paparan tersebut diselitkan dengan kapsyen berbunyi ;

“Kali pertama namun apa yang pasti bukan yang terakhir! Ke mana pula kita selepas ini?,” ujar Nora.

Selain memuji gaya hidup sihat yang diamalkan, ada juga yang turut menyelitkan nasihat dan ‘tazkirah’ kepada pelakon wanita itu. 

“Berpada-padalah bila berpakaian, bukan dengki atau iri hati cuma ingatan sesama muslim. Semoga diberi hidayah dan pengakhiran hidup”.

 “Aku ingat perempuan mana la bogel tadi, tengok nama oh kak Nora, serious warna macam bogel skrin warna coklat gelap”.

“Baju awak boleh menyebabkan pernafasan masa hiking semput la dear. Pakai baju sesuai, takut kalau jatuh pengsan, rescue tak nampak serupa tanah,” tulis beberapa netizen.

Ini bukan kali pertama Nora menjadi bahan bualan warga maya yang mana fesyennya ketika bercuti turut dilihat menjolok mata dan kurang bersesuaian dengan statusnya sebagai isteri serta ibu. 

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

48  −  38  =