Baiki flat Taman Melati siap tiga minggu

 Baiki flat Taman Melati siap tiga minggu

PETALING JAYA : Kerja pembaikan rumah pangsa Taman Melati, Kuala Lumpur yang terjejas akibat ribut pada Isnin lalu sudah dimulakan dan dijangka mengambil masa tiga minggu untuk siap.

Mengikut kenyataan rasmi pihak Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP), perkakasan seperti kerangka besi, kanvas dan bahan untuk pembaikan empat blok yang terjejas telah dihantar ke lokasi semalam. 

Gambar ihsan Facebook Yayasan Wilayah Persekutuan

Malah, pihak YWP turun padang bagi mengadakan sesi libat urus bersama penduduk setempat bagi mempercepatkan pembaikan untuk keselesaaan rakyat yang terjejas akibat bencana itu. 

Pengerusi Gabungan NGO Flat Taman Melati merangkap Pengerusi Persatuan Penduduk Blok 4B, Tuan Abu Bakar Ismail berkata, pihaknya berkomunikasi dari semasa ke semasa bersama YWP bagi memastikan kerja-kerja baik pulih berjalan mengikut jadual.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) Datuk Zaizalnizam Zainun.

Terdahulu, YWP dan Jabatan Kebajikan Masyakarat WPKL juga telah memberikan bantuan makan malam, sarapan dan tengah hari untuk 200 orang yang terlibat dari semasa ke semasa di Pusat Pemindahan Sementara yang disediakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sejak Isnin lalu.

Gambar ihsan Facebook Yayasan Wilayah Persekutuan

Selain sumbangan berbentuk bantuan makanan, YWP turut menyalurkan sumbangan tunai sebanyak RM250 per keluarga kepada 46 buah keluarga yang terjejas.

Dalam kejadian pada pukul 3 petang pada Isnin lalu, empat blok rumah pangsa di Taman Melati yang melibatkan 40 unit rumah dari Blok A13, A14, A15 dan A16 mengalami kerosakan akibat angin kencang dan hujan lebat.

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  8  =  16