• Sunday, 20 June 2021, 8:50 am

Bahasa Melayu sebagai Bahasa Islam

 Bahasa Melayu sebagai Bahasa Islam
Oleh Datuk Wira Dr Ismail Ibrahim

DI permulaan surah Al-Rahman (55) ayat 2, Allah SWT memulakan dengan penciptaan-Nya yang amat penting bagi memakmur dan mentadbirkan alam ini, iaitu permulaannya denganDia (Allah) yang mengajarkan Al-Quran, menciptakan manusia dan mengajarkan al-bayan”

Di ajarkan Al-Quran, kitab suci yang agong dan lengkap, diciptakan manusia, yang menjadi khalifah dan pentadbir alam, kemudian mengajar dan membolehkan manusia menguasai Al-Bayan, yang pada umumnya di tafsirkan oleh ramai para pentafsir sebagai bahasa, atau percakapan, alat komunikasi dan kecerdasan manusia.

Oleh itu dapatlah di simpulkan bahawa bahasa adalah merupakan objek atau alat yang amat penting dalam kehidupan manusia ini. Malah dalam salah satu ayatAl-Quran di jelaskan tentang keagungan Tuhan yang dapat di selami rahsia dan tanda-tanda kebesaran-Nya, iaitu yang tersebut di dalam ayat 22 Surah Al Rum “…dan di antara tanda-tanda kekuasaan dan kebijaksanaan-Nya ialah kejadian langit dan bumi, dan kebelbagaian bahasa dan warna kulit kamu

Allah menerangkan semuanya ini dengan agak terperinci di dalam Al-Quran, kerana salah satu kemegahan kaum Arab pada zaman jahiliyyah, ialah kemahiran dan kekuatan serta keindahan bahasamereka yang menjadi kebanggaan zaman itu. Dengan itu Al-Quran di turunkan di dalam bahasa dan keunikannya yang merupakan mukjizat yang mampu mengatasi segala keagungan dan estetika bahasa Arab zaman Jahiliyyah, maka para penyair dan pujangga Jahiliyyah akhirnya menerima hakikat ini, malah sering menyelinap ke rumah-rumah untuk mencuri dengan ayat-ayat Al-Quran yang dibacakan oleh para pemeluk Islam ketika itu, dan mereka tidak dapat menyahut cabaran Allah supaya kalau mungkin bawalah satu surah atau seumpamanya yang dapat mengatasi bahasa Al-Quran.

Namun variasi atau kepelbagaian bahasa yang di sebutkan Allah itu tidak di bawakan istilah yang menggunakan kata nama: “bahasaatau lughah dalam kalimah Arabnya, sebaliknya di gunakan istilah Arab lisan yang bererti lidah, lambang atau kata nama menggantikan bahasa, supaya memberi kefahaman bahawa manusia mempunyai kepelbagaian bahasa, dan semua bahasa yang digunakan merupakan bahasa kaum dan bangsa yang tertentu  yang sama tarafnya dari perspektif Islam, dan dengan itu semua bahasa akan dapat memahami segala istilah dan katakunci di dalam Al-Quran, malah Allah SWT akan memahami apa-apa saja yang di keluarkan, di doa, di rayu dan dimunajatkan oleh kepelbagian suku bahasa dan bangsa dalam bahasanya, kerana semuanya itu adalah di keluar dan diluahkan melaluilisanatau lidahnya.

Di sinilah terletaknya objektif ilmu bahasa atau kajian linguastik iaitu untuk mengenal pasti sifat universal bahasa-bahasa umumnya dalam memahami Islam, khususnya kandungan holistik Al-Quran yang amat luas itu.

Namun Al-Quran berulang-ulang kali menjelaskan tentang keagungan Al-Quran ketika Allah menerangkan bahawa Al-Quran adalah di turunkan dalam lisan Arabi, yang memberi erti bahawa keseluruhan makna, amanah, rahsia keindahan dan keunikan Al-Quran adalah terdapat dalam penguasaan bahasa Al-Quran, iaitu lisan Arabi ini.

Bagaimana pun di sinilah terletaknya keunikan bahasa-bahasa yang digunakan oleh umat-umat yang menerima Islam dan membudayakan segala istilah dan bacaan di dalam ibadat dengan menggunakan bahasa Al-Quran itu sendiri, iaitulidah Arab”.

Bahasa Melayu yang kaya dengan kata dan istilah Arab adalah merupakan bahasa Islam itu sendiri, kerana umat Melayu amat terkenal sebagai umat yang teliti dalam memahami agamanya dalam bahasa asal, dan istilah yang mungkin sukar di terjemahkan ke dalam bahasa Melayu.

Orang-orang yang memahami bahasa Al-Quran ini, ketika membaca kitab suci ini, sering merasakan bahawa banyak fakta dan frasa Al-Quran itu adalah sesuatu yang baru, seolah-olah baru pertama kali di baca dan dihayatinya, walau pun telah berulang-ulang kali dia membacanya.

Dalam konteks inilah di rasakan amat perlu sekali ketika menyedari bahawa bahasa Melayu itu adalah merupakan salah satu bahasa Islam, di samping bahasa Turki, Parsi dan Urdu, maka umat Islam seharusnya dapat menguasai bahasa Al-Quran dengan baik, terutamanya dalam memahami dan menghafal kitab suci Al-Quran, yang seharusnya bukan hanya untuk di baca dan dilagu-lagukan tanpa memahami dan menghayati segala pengajaran dan rahsianya yang amat kaya itu, tentang semua disiplin ilmu dan perbendaharaan hikmah yang di firmankan oleh Allah SWT di dalam kitab suci yang merupakan perlembagaan utama umat dan manusia umumnya dalam dunia dan akhirat.

Usaha haruslah di lakukan supaya bahasa kita sebagai bahasa Islam itu di pertingkatkan penggunaannya dalam hubungannya dengan ajaran Islam, malah pupuk minda umat Islam yang merasakan telah cukup menjadi alim dan ahli agama dengan menghafal Al-Quran, telah tiba masanya bahawa pemikiran ini di lonjakkan ke daerah yang lebih holistik dalam pembelajaran Al-Quran itu, sungguhpun sememangnya dengan mendengar, menulis dan menghafal Al-Quran itu seseorang itu telah mendapat pahalanya, namun sudut itu hanyalah merupakan salah satu bahagian dari perhubungan agama, iaitu perhubungan dengan Tuhan, namun tidak banyak manfaatnya dalam perhubungannya dengan manusia dan alam, kerana hafiz itu mungkin tidak memahami mesej.

Datuk Wira Dr Ismail Ibrahim

http://wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *