Bacaan Yasin setiap jumaat buat Polis Kontinjen Selangor

 Bacaan Yasin setiap jumaat buat Polis Kontinjen Selangor

SHAH ALAM: Bagi memohon keberkatan dan kesejahteraan dalam melaksanakan tugasan khususnya warga kerja Polis Kontinjen Selangor, bacaan surah yasin secara maya telah diadakan pada setiap jumaat.

Difahamkan, bacaan Yasin secara maya ini dijadikan rutin mingguan setiap pagi jumaat.

Meskipun dilakukan secara maya, namun bacaan surah Yasin ini dipimpin oleh dua orang dan lokasi yang berbeza.

Inisiatif ini dilakukan oleh Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dan dipimpin oleh Ustaz Amir Safuan bin Borhanuddin, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), IPK Selangor yang dibacakan melalui alat pembesar suara di Menara 1.

Ustaz Amir Safuan bin Borhanuddin

Manakala di Menara 2 dipimpin oleh Ustaz Kamarulafendi bin Mohd Ali, Pembantu Hal Ehwal Islam, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, IPK Selangor.

Ustaz Kamarulafendi bin Mohd Ali,

Bacaan Yassin secara maya ini turut disertai seramai 790 Pegawai Kanan, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam daripada pejabat masing-masing yang bertugas di Menara 1 dan Menara 2, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

Izz Fizz

izz@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

31  +    =  38