Azmin peka, empati nasib warga MITI

 Azmin peka, empati nasib warga MITI

KUALA LUMPUR: Dibawah kepimpinan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, bukanlah sekadar menteri, tetapi beliau juga prihatin kepada warga kerjanya yang dianggap sebagai satu keluarga.

Antara bukti keprihatinan, beliau turut bersama dalam misi MITI Prihatin yang diadakan untuk membantu kakitangan MITI yang terjejas akibat bencana.

Rata-rata kakitangan MITI ditemui, mereka berpendapat bahawa Azmin Ali merupakan seorang pemimpin yang berwibawa dan sentiasa memberikan yang terbaik dibawah kepimpinannya.

Misi MITI Prihatin adalah bukti keprihatinan beliau secara menyeluruh bagi membantu warga kerjanya sebelum ini.

Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) Mohd Mustafa Abdul Aziz

Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) Mohd Mustafa Abdul Aziz berkata, warga kerja sangat berbangga dengan kepimpinan YB Azmin, kesungguhannya amat jelas untuk memajukan negera dalam menarik pelaburan juga meningkatkan perdagangan eksport.

“Bayangkan kita sedang melalui fasa mencabar pandemik Covid-19 dan varian baharu lain, tetapi beliau menyuntik semangat agar tidak putus asa untuk terus membangun negara,” katanya.

Pengarah AKI dan Seranta, Azmir Musyabri Abdul Mutallib

Pengarah AKI dan Seranta, Azmir Musyabri Abdul Mutallib pula berpendapat, Azmin seorang pemimpin dan ketua yang sangat tegas dalam menjalankan tugas dan keputusan, malah beliau juga amat teliti dan peka dalam apa yang berlaku dalam industri.

“Selain itu beliau juga mementingkan ekonomi negara dan sekarang ini menekankan perjanjian Free Trade Agreement (FTA) serta Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP) bagi membantu memulihkan malah mencerdaskan semula ekonomi negara,”ujarnya.

Pegawai Tadbir Diplomatik MITI, Liana.

Pegawai Tadbir Diplomatik, Nur Liyana Alwi berkata, kita lihat MITI dibawah kepimpinan Azmin Ali, banyak inisiatif baru yang dilaksanakan, contohnya program kerjasama pihak kerajaan dengan industri, termasuklah misi prihatin iaitu pasca banjir.

“Kita juga dapat lihat pelbagai inisiatif lain yang dilakukan termasuklah pelaburan dan perdagangan,”katanya.

Pembantu Tadbir N22 MITI, Elice Simbun.

Pembantu Tadbir N22, Elice Simbun berkata, sikap Azmin Ali mendapat kepujian rata-rata pekerjanya kerana beliau mengambil pendekatan dengan menyokong penuh misi prihatin kali ini untuk membantu mangsa yang terkesan akibat bencana, malah turut turun padang bersama pasukan sukarelawan untuk membantu mereka yang memerlukan seperti melakukan kerja amal.

“Sebagai menteri kanan MITI, yang saya dapat lihat, beliau tegas dengan tugasan, teliti serta tidak sombong dengan orang bawahannya, malah senang untuk berurusan dengannya,” katanya.

Ciri kepimpinan Azmin juga mendapat sokongan dan pujian rata-rata pihak industri.

Ketua Pegawai Eksekutif, Usaha Jaya, Mohd Norashedy Ab Rashid

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Usaha Jana. Sdn. Bhd, Mohd Norashedy Ab Rashid berkata, industri bersama dengan MITI dapat satu hubungan yang erat antara MITI dan industri, pihaknya sangat berbangga kerana Azmin sudi untuk menyokong penuh usaha bagi menggalakkan pihak industri bekerjsama dengan MITI dalam melakukan program misi bantuan kali ini.

Ketua pegawai kewangan, Yechiu Group, Wong Keng Lee .

Ketua pegawai kewangan, Yechiu Group, Wong Keng Lee berkata, pihak menteri sangat membantu, khususnya pihak MITI dalam urusan kerjasama yang dilakukan, sangat pantas, ia amat bermakna untuk sektor industri seperti kami ini kerana semuanya dilakukan dalam keadaan yang mudah dan senang,” katanya.

Inisiatif MITI Prihatin dilakukan dengan hasil kerjasama beberapa agensi serta industri terpilih yang turut sama melakukan program Tanggungjawab Sosial Koporat (CSR) dan telah memberikan sumbangan sebanyak RM 50 ribu ke atas bagi membantu mangsa bencana yang terjejas.

Selain itu, mereka juga melihat kepimpinan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Azmin Ali dibawah MITI, beliau sangat kondusif dalam memajukan negara melalui perdagangan malah sering mengambil berat pelbagai aspek.

Izz Fizz

izz@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

74  +    =  76