Azam tidak perlu direhatkan

 Azam tidak perlu direhatkan

PUTRAJAYA 14 MEI 2018. Anggota keselamatan RELA melakukan pemeriksaan ke atas semua kenderaan yang keluar dari Bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya. NSTP/ASYRAF HAMZAH

PETALING JAYA: Orang ramai berpandangan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki tidak perlu direhatkan sepanjang proses siasatan berhubung skandal pembelian saham yang dikaitkan dengan dirinya.

Ini kerana proses siasatan dijalankan oleh agensi berbeza iaitu Suruhanjaya Sekuriti dan Polis Diraja Malaysia, bukan SPRM siasat SPRM.

Osman Desa berkata, sebagai contoh bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak direhatkan ketika terpalit skandal meminta 10 peratus keuntungan daripada projek pembinaan terowong di Pulau Pinang.

“Pada pandangan saya mengenai isu Tan Sri Azam Baki ini, besar kemungkinan ada unsur-unsur yang berkait rapat dengan politik, kita komen pun nanti akan ada salah faham pula, tapi apa yang diberitahu oleh perdana menteri kita, tiada kepentingan untuk rehatkan dia.

“Jadi kita patut biarkan ia berjalan, tengok apa kesudahan daripada penyiasatan dan bagaimana mereka selesaikan isu ini, tak perlu kita gemba gembur kan,” komennya.

Osman Desa

Dalam pada itu, Kamarul memberitahu, rakyat jangan ikut rentak politik, mencari kelemahan dan keburukan untuk dijadikan alasan untuk seseorang itu dijatuhkan, dimalukan dan dihilangkan daripada radar negara.

“Cukuplah permainan yang sama, rakyat tahun 2022 bukanlah bodoh sangat, ini jelas serangan politik dan pihak berkepentingan.

“Pihak yang buat laporan polis semua dari puak pembangkang, perlu diingat kasihanilah keluarga mereka yang terpalit isu ini biar sistem jalankan tugas, rakyat tunggu dan lihat apa sebenarnya berlaku, tak perlu kita berlagak jadi Hakim,” katanya.

Kamarul

Izz Fizz

izz@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

71  +    =  73