Aza Gila-Gila aktif berkarya kartun di Jerantut

 Aza Gila-Gila aktif berkarya kartun di Jerantut

Ahmad Nazlan (kiri) melihat trofi Ikon Kartunis Pahang yang diterima Aza (kanan)

JERANTUT, 27 Januari 2022 – Kartunis Aza yang pernah popular bersama Majalah kartun paling laris di Malaysia, Gila-Gila pada tahun 1990an sekarang masih aktif berkarya di sini.

Nama sebenarnya Abdul Razak Sofhi @Subhi yang pernah menghasilkan karya di akhbar Berita Harian dan Harian Metro pada era tahun 70an, 80an, 90an dan awal tahun 2000.

Aza juga telah menerbitkan beberapa buah koleksi kartun sendiri dan pernah menyertai pameran kartun di sekitar dalam dan luar negara termasuk di Jepun dan Belgium.

Aza melakarkan karyanya

Hasil karya beliau mendapat tempat di hati pembaca pelbagai kaum kerana beliau mengunakan konsep kartun tanpa dialog yang mudah difahami oleh semua bangsa dan peringkat umur.

Malah, lukisan komiknya turut dicetak untuk dijadikan barangan cenderahati pada kemeja-T, mug, pen, frame, fail dan lain-lain.

Aza turut berkongsi buah tangannya iaitu Sketch Pekan yang mengandungi lakaran mengenai bandar diraja Pahang, Pekan.

Menurutnya, idea menghasilkan buku lakaran bergambar itu untuk memberi kelainan serta mempelbagaikan produk cenderamata kepada pelancong yang datang ke Pekan.

“Selain itu hasil lukisan ini juga bagi mengasah kemahiran yang saya ada,” kata penerima anugerah Ikon Kartunis Pahang 2019 itu.

Kartunis berusia 56 tahun itu berkata, Pekan kaya dengan tempat sejarah, alam semulajadi dan cerita legenda yang menarik untuk dikongsi bersama pelancong.

Bercerita kisahnya, beliau yang dibesarkan di Felda, Padang Piol, Jerantut dan memulakan kerjaya sebagai kartunis dengan majalah Gila-Gila pada tahun 90-an.

Seorang yang agak pendiam, Aza dikenali melalui Majalah Gila-Gila dengan kartun lucunya di dalam majalah yang diilhamkan daripada karya Sergio Aragones dalam majalah “MAD”.

Selain aktif berkarikatur dengan rakan-rakan yang lain dan mengambil bahagian dalam kartun serta pameran-pameran seni, Aza juga merupakan seorang usahawan dan mengekalkan perniagaannya di Jerantut, Pahang.

Antaranya syarikat penerbangan antarabangsa Indonesia Merpati Air, Shell Malaysia, Lee Jean, Mimos, Sapura, Maggi, Nestle Product, Muzium Pahang, Majlis Daerah Jerantut dan beberapa badan lain.

Beliau juga pernah mendapat beberapa geran dari MDeC dan MSC untuk menerbitkan digital Comic.

Beliau sekarang telah membuka sebuah galeri kartun sebagai studio di Bandar Jerantut untuk menerbitkan kartun untuk mobile Comic pasaran di Malaysia dan sedang dalam perancangan untuk menembusi pasaran Indonesia melalui telco di Indonesia.

Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris yang berkunjung ke galeri tersebut berkata, bakat yang ada perlu diteruskan selain untuk diri sendiri tetapi untuk mengharumhkan nama negara melalui lakaran kartun.

“Banyak sudah karya rakyat Malaysia melalui kartun dan animasi diterima masyarakat luar negara melalui animasi seperti Upin dan Ipin serta beberapa hasil kartun yang lain,” katanya.

Amir Hamzah Nordin

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

5  +  5  =