Awas “Parcel” 11.11 mungkin ada jangkitan COVID-19

 Awas “Parcel” 11.11 mungkin ada jangkitan COVID-19

PETALING JAYA: Rasanya jika kita membuat tinjuan di setiap peranti elektronik individu, pastinya akan ada aplikasi laman beli belah e-dagang seperti “Shopee” atau “Lazada” kan.

Laman e-dagang dilihat semakin mendapat sambutan daripada pengguna, ini kerana pembelian menjadi lebih mudah kerana semuanya dihujung jari saja.

Pelbagai promosi telah ditawarkan malah apa yang lebih menarik terdapat juga jualan runtuh yang ditunggu-tunggu oleh pengguna seperti tarikh 11 November atau 11.11 yang berlangsung semalam.

Lantaran itu, tidak dinafikan, jualan laman e-dagang pastinya menonjak naik ekoran promosi tersebut, namun apa yang merisaukan, kesan daripada lambakan pembelian tersebut, ia berpontensi untuk penularan jangkitan COVID-19 menerusi pesanan “parcel”.

Memetik sumber Berita Harian, pihak berkuasa China mengeluarkan amaran mengenai bungkusan yang berpotensi tercemar dengan COVID-19 sebaik perayaan beli-belah dalam talian tahunan terbesar negara itu.

Ia berikutan selepas tiga pekerja di sebuah syarikat kecil yang membuat pakaian kanak-kanak diuji positif.

Pihak berkuasa sedang menguji pakej dan memantau orang yang telah mengendalikannya selepas jangkitan itu ditemui di Haohui Ecommerce Co., yang berpangkalan di Hebei, wilayah sekitar Beijing.

Segala perkhidmatan penghantaran bungkusan di dua bandar di sana – Xinji dan Jinzhou – serta bandar Shenze telah dihentikan sementara waktu, menurut satu kenyataan kerajaan.

Dianggarkan kira-kira 300 pakej telah diuji, semuanya didapati negatif. Ujian juga telah dilakukan di sebuah daerah kecil di selatan China Guangxi, di mana 16 bungkusan daripada syarikat itu dihantar dalam apa yang pihak berkuasa gambarkan sebagai ‘rantaian mel berkaitan COVID’.

Suruhanjaya kesihatan tempatan berkata, sesiapa yang menyentuh bungkusan itu perlu menjalani ujian dan pemantauan COVID-19.

Sementara itu, pihak berkuasa di Xilinhot Inner Mongolia telah memberitahu orang ramai yang membeli-belah di atau menerima bungkusan dari kedai pakaian lain pada bulan lalu supaya melaporkan kepada jabatan pencegahan penyakit tempatan selepas lebih banyak kesan COVID-19 dikesan.

Negara China sebelum ini telah memeriksa barangan seperti makanan sejuk beku yang diimport untuk virus itu.

Amaran terbaharu hadir ketika pembeli China bersiap sedia untuk ‘Hari Tunggal’ Khamis (11 November), bonanza beli-belah dalam talian terbesar di dunia yang dianjurkan oleh Alibaba Group Holding.

Lantaran itu, pihak berkuasa China berkata, bungkusan dari luar negara atau tempat domestik berisiko tinggi harus dibersihkan.

Walaupun untuk barangan dari kawasan berisiko rendah, penerima digalakkan memakai topeng dan sarung tangan semasa mengambil dan membuka penghantaran.

Izz Fizz

izz@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  51  =  56