Kerjasama UiTM-WTCKL bakal wujud peluang pekerjaan kepada bakal graduan
Awas kaki tuba, tindakan keras menanti anda!

Oleh Mohammad Ishak
JERTIH, 24 Feb — Individu yang melakukan aktiviti menuba dan meracun untuk menangkap udang galah di sungai-sungai negeri ini akan dikenakan tindakan keras oleh pihak berkuasa.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar Negeri, Dr Azman IbrahimĀ berkata, pihak berkuasa negeri akan mengambil tindakan melalui Enakmen Peraturan Perikanan Darat.

Beliau berkata, enakmen itu kini dalam peringkat akhir pembentangan kerana Akta Perikanan 1985 hanya meliputi aktiviti perikanan lautan sahaja.
āDengan enakmen baharu, kita akan ada punca kuasa untuk mengambil tindakan dan kawal sumber perikanan darat sama ada di kawasan sungai dan tasik.
āAktiviti menangkap ikan melalui taktik kotor seperti dengan kaedah tuba, bahan letupan dan renjatan elektrik adalah salah. Jenayah ini juga mengakibatkan kepupusan spesies ikan dan kesukaran pembiakan semula dalam satu tempat,ā katanya kepada media selepas merasmikan Program Jualan My Best Buy di Agrobazar Nyior Tujuh di sini, Ā semalam.

Dr Azman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi mengulas aduan penduduk di Kemaman yang mahu pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap individu yang semakin kerap menuba sungai-sungai di daerah itu sejak beberapa tahun lalu.
Beberapa hari lalu, media melaporkan kegiatan menuba udang galah menggunakan racun semakin berleluasa di Sungai Kemaman, Kampung Pasir Gajah dan Air Putih.
Penduduk terbabit mendakwa, penangkap udang menggunakan racun tuba atau racun tanaman melakukan jenayah itu pada waktu malam bagi mengelak aktiviti itu dikesan pihak berkuasa.