Awas… ada Ketua Polis Johor palsu

 Awas… ada Ketua Polis Johor palsu

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay

JOHOR BAHRU, 26 Ogos — Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor mengesan terdapat pihak menyamar dan menggunakan nama Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay untuk menipu orang ramai.

Pihak berkenaan menyamar dengan menggunakan nombor telefon 016-4818565 dan 010-8368223.

“Adalah diingatkan semua masyarakat dan orang awam tidak terpedaya dengan mana-mana orang yang menyamar sebagai Ketua Polis Johor.

“Sekiranya terkesan perbuatan demikian sila laporkan kepada ke mana-mana balai polis berdekatan atau pusat kawalan menerusi talian 07-2254047 atau hubungi Pegawai Khas Ketua Polis Johor 013-9058124,” demikian menurut Polis Johor dalam satu kenyataan, hari ini.

Nurman Nasyriq

nurman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

43  −    =  33