Aturan Allah itu cantik sekali, isteri Mark Adam turut positif COVID-19

 Aturan Allah itu cantik sekali, isteri Mark Adam turut positif COVID-19


PETALING JAYA : “Aturan Allah SWT itu cantik sekali…InsyaAllah, Amin…Akhirnya saya tewas.

“Kini tiada lagi ‘room service’, tiada lagi ‘video call’, tiada lagi bilik asing, tiada lagi CCTV akhirnya kita kembali bersama.. Itu yang sebenarnya”.

Demikian ujar Norazah Redzuan iaitu isteri dan pengurus kepada Mark Adam yang memaklumkan dirinya juga kini positif COVID-19.

Sebelum ini, Norazah menerusi paparan di Instagram memberitahu Mark disahkan positif virus tersebut setelah menjalani ujian saringan kesihatan. 

Kongsi Norazah, biarpun suaminya yang positif COVID-19 mengalami simptom demam dan hilang deria bau namun masih berada dalam keadaan baik. 

Norazah memaklumkan perkhabaran itu sambil menunjukkan foto tangannya bersama Mark yang mengenakan ‘gelang pink’.

Perkongsian berkenaan menerima reaksi baik-baik daripada rakan selebriti dan para pengikut yang mendoakan agar pasangan itu segera sembuh secepat mungkin. 

Norazah dan Mark mendirikan rumahtangga pada tahun 

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

32  −    =  25