ATM pertimbang serap semula anggota dipecat jika terima vaksin

 ATM pertimbang serap semula anggota dipecat jika terima vaksin

Zamrose bercakap pada sidang media sempena Majlis Penyerahan Dana Kempen Tabung Pahlawan 2020 (Matching Grand) di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada Rabu. – Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 26 Ogos — Angkatan Tenteran Malaysia (ATM) mempertimbangkan menyerap semula anggotanya yang dipecat kerana menolak vaksin COVID-19 jika dia bersedia menerima suntikan vaksin itu.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain memberitahu media, sehingga kini, keputusan memberhentikan anggota tersebut masih kekal.

Tambah beliau, anggota tentera berkenaan telah menjalani empat sesi kaunseling selepas dia enggan menerima suntikan vaksin dan keputusannya masih sama iaitu tidak mahu menerima suntikan vaksin.

“TDM akan pertimbangkan (serap semula bertugas) jika dia mahu menerima suntikan vaksin dan saya yakin pegawai pemerintah mengambil tindakan sewajarnya.

“Segala apa yang patut anggota itu dapat kita akan serahkan,” katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan kempen Tabung Pahlawan 2020 (Matching Grant) kepada 83 persatuan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Wisma Perwira ATM, di sini, pada Rabu.

Zamrose menjelaskan, TDM mempunyai 86,000 anggota dan tidak mahu sebarang implikasi berlaku terhadap anggota lain yang bekerja dalam pasukan.

“TDM merasakan dia tidak sesuai dengan tentera darat kerana TDM bekerja dalam kumpulan dan TDM tidak mahu sebarang implikasi kepada anggota lain kerana dia seorang sahaja yang tidak mahu menerima vaksin,” katanya.

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  1  =  2