Atlet negara sambut Aidilfitri secara sederhana di kem latihan

 Atlet negara sambut Aidilfitri secara sederhana di kem latihan

Farah Ann Abd Hadi

KUALA LUMPUR, 14 Mei — Atlet negara yang terpaksa mengorbankan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga kerana menjalani kem latihan secara kuarantin, menyambut 1 Syawal secara sederhana.

Berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), atlet yang sedang membuat persiapan untuk Sukan Olimpik di Tokyo Julai ini an Sukan SEA Hanoi pada November ini mula menjalani latihan secara kuarantin sejak minggu lepas.

Antara venue yang terlibat ialah di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil dan Akademi Badminton Malaysia (ABM) di Bukit Kiara.

Menerusi perkongsian di Facebook rasmi MSN, Ketua Pengarah MSN Datuk Ahmad Shapawi Ismail dilihat meluangkan masa bersama-sama atlet menunaikan solat sunat Aidilfitri dan meraikan sambutan Hari Raya di Cafe Atlet di MSN, Bukit Jalil dengan menikmati juadah seperti lemang, ketupat dan rendang.

‚ÄúKepada semua warga sukan negara, marilah kita bersatu, berjuang dalam memerangi pandemik ini demi Malaysia tercinta. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Kita jaga kita, kita jaga keluarga kita,‚ÄĚ kata Shapawi dalam video ucapan rayanya.

Sementara itu, ratu gimnas negara Farah Ann Abdul Hadi turut berkongsi ucapan salam lebaran bersama gambar di media sosialnya.

“Kepada semua yang sempat bersama keluarga, syukur dan hargailah masa instimewa ini dan kami bersama anda yang tidak dapat berbuat demikian. Saya harap kita bersama-sama boleh mengharungi masa yang sukar ini, “ katanya yang mengikuti kem latihan bagi menghadapi Sukam Olimpik Tokyo.

Lee Chong Wei dan Wong Mew Choo bersama anak-anak mereka

Lagenda badminton negara yang juga Ketua Kontinjen negara ke Olimpik Tokyo Datuk Lee Chong Wei turut menyampaikan ucapan Aidilfitri serta berkongsi kisah sedih pembantu rumahnya yang tidak dapat menyambut hari lebaran bersama keluarga di Indonesia untuk tahun kedua berturut-turut.

“Hari yang mulia ini, Chong Wei, Wong Mew Choo sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang menyambutnya. Walaupun tidak senang, tapi kita cuba bersyukur dengan apa yang ada di depan mata.

“Kami berdoa raya tahun depan, COVID-19 telah pun ditumpaskan. Kami berdoa tahun depan, datuk-datuk nenek-nenek boleh berpeluk ketat anak cucu. Berjuadah makanan raya bersama. Bermain mercun bersama. Bergaul mesra bersama. Kami berdoa. Tak lama lagi, bersama lah semua.

‚ÄúSaya sudahi dengan ungkapan seperti tahun-tahun lepas. Mohon maaf ya. Seperti badminton dimulakan, kosong-kosong. Luv-all,‚ÄĚ katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Seramai 273 atlet menjalani latihan pusat di Bukit Jalil sebagai menghadapi persiapan Sukam Olimpik dan Sukan SEA Hanoi di Vietnam.

 

 

 

 

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

47  −    =  41