Atina transformasi suri rumah jadi usahawan

 Atina transformasi suri rumah jadi usahawan

Oleh Ama Alias

KOTA BHARU 20 Feb: Memang jarang ada syarikat mahu mengambil suri rumah atau orang kampung menjadi pekerja tanpa mengenakan syarat dan terma yang menyukarkan golongan itu mendapat kerja.

Namun, seiring perkembangan teknologi dan trend semasa, kini muncul peluang pekerjaan atau menambah pendapatan melalui konsep dropship, agen atau stokis yang mengatasi halangan itu khususnya dalam perniagaan produk dan perkhidmatan.

Langkah sama turut diambil syarikat produk pelangsing badan dan pakaian, Tina Arena Beauty Enterprise sejak lapan tahun lalu.

Meletakkan niat untuk membantu dan memberi manfaat kepada orang lain, pengasasnya, Siti Nurul Atina Suhaimi, 31, mengambil keputusan berhenti kerja daripada sebuah syarikat perbankan di Kuala Lumpur lalu nekad pulang ke kampung halaman di Kubang Batang, Wakaf Baru bagi menceburi perniagaan pakaian bersaiz besar.

“Saya mulakan dengan baju plus saiz (saiz besar) di samping mengeluarkan produk pelangsing badan,” katanya lagi.

Disebabkan kedainya berada di kawasan kampung, kebanyakan suri rumah dan wanita berpendapatan rendah mula menawarkan diri untuk menjual pakaian serta produk pelangsingnya.

Atina bersama agent dan peserta dropship produknya

Ada yang bermula dengan mengambil komisyen tanpa modal selain mendaftar sebagai agen dan menjual kepada rakan terdekat serta keluarga.

“Ketika itu, saya akui saya cuma fokus untuk buat duit dan jualan. Saya tidak memberi tunjuk ajar kepada peserta dropship atau agen saya sehingga jualan kopi yang awalnya melonjak tinggi akhirnya semakin kurang mendapat sambutan,” kata Atina mengimbas kembali pengalaman awalnya.

Akhirnya beliau menyedari potensi jualan atas talian mampu membantu jualan peserta dropship dan agennya ketika pandemik COVID-19 dan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

“Sejak itu, jualan kembali mendapat sambutan yang luar biasa,” kata usahawanita lulusan Diploma Pengurusan Pelancongan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang itu.

Sejak itu, Atina memberi fokus kepada pendedahan penggunaan internet dan laman media sosial seperti Instagram  dan Facebook bagi membantu peserta dropship dan agennya membuat jualan.

Tugasan itu menjadi lebih teratur kerana suaminya, Nik Akhbar Asyraf Nik Mustafa seorang yang mahir berkaitan IT dan internet.

“Disebabkan kebanyakan peserta dropship dan agen saya adalah suri rumah serta  golongan berpendapatan rendah, saya usahakan mereka terlebih dahulu celik IT. Saya buatkan akaun media sosial untuk mereka dan bantu mereka menguasai internet,” katanya yang mempunyai peserta dropship, agen dan stokis di seluruh negara.

Kini, ibu kepada dua anak – Nik Akhtar Jannah,9, dan Nik Akhbar Adam, 5, mempunyai  21 pekerja selain lebih  peserta 500 dropship, agen dan stokis bagi pakaian dan produk pelansing badan.

Atina dengan produk minuman keluaran syarikatnya

Namun bagi meningkatkan lagi kemahiran pasukan perniagannya, Atika meneruskan kelas mengajar sistem pemasaran di atas talian secara percuma dan mengikut kelapangan masa mereka.

Sehingga kini, peserta dropship, agen dan stokisnya berusia antara 18 tahun hingga 56 tahun dan mampu menjana pendapatan antara RM500 hingga lebih RM100,000 sebulan.

Justeru, beliau mengalu-alukan sesiapa yang berminat untuk menyertai pasukan perniagaannya bagi menjana pendapatan sampingan atau kerja sepenuh masa.

Dalam perkara ini, yang penting mempunyai tekad yang tinggi, jangan berhenti mengejar ilmu, yakin dengan potensi diri dan sedia dibimbing, katanya.

Atina turut membantu mempromosi pekerjanya di bawah akaun Facebook, Tina Arena Beauty HQ selain memuat naik kata-kata motivasi dan perkongsian bermanfaat melalui tulisannya dalam Facebook peribadi, Siti Nurul Atina.

 

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  4  =  2