Asyraf Nasir tak puas hati?

 Asyraf Nasir tak puas hati?


PETALING JAYA : Pendatang baharu Asyraf Nasir berkongsi yang dia kurang berpuas hati dengan hasil rakaman di studio sehingga terpaksa menggunakan rakaman suara pertama yang dilakukan di rumah untuk lagu baharunya berjudul 2PAI.

Asyraf menjelaskan dia tidak mengambil masa lama untuk menyiapkan karya berkenaan walaupun ketika itu berdepan cabaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Saya sebenarnya berniat untuk merakamkan lagu ini di studio, tetapi setelah beberapa rakaman, saya merasakan ia tidak sama macam hasil rakaman di rumah, jadi apa yang anda dengar adalah rakaman suara yang pertama iaitu yang saya lakukan di rumah.

“Saya mengambil masa lebih kurang dua hari untuk menulis lagu ini dan berkerjasama dengan Wolfy untuk komposisi lagu secara virtual oleh kerana PKP.

“Kami terpaksa berhubung menerusi panggilan video dan akhirnya lagu ini berjaya disiapkan pada tahun lepas,” ujar Asyraf.

Asyraf ditemui pada majlis pelancaran single keduanya 2PAI di Pulse Soundworks Studio, Kota Damansara, pada Sabtu.

Asyraf yang sebelum ini dikenali dengan lagu Tak Sangka kolaborasi bersama Zynakal dan Yonnyboii.

Selain itu, apa yang menarik video muzik (MV) lagu 2PAI ini merupakan prekuel MV lagu Sheenta yang dinyanyikan oleh Yonnyboi yang juga turut menampilkan Arsyraf Nasir.

2PAI kini berada di semua platform digital Spotify, Apple Music, Joox, KKBOX, Deezer dan Youtube Music dan saksikan MV 2PAI di Youtube.

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *