AstraZeneca kini di landasan penuhi jadual penghantaran ke Asia Tenggara

 AstraZeneca kini di landasan penuhi jadual penghantaran ke Asia Tenggara

BANGKOK, 29 Jun — Syarikat farmaseutikal AstraZeneca menyatakan mereka kini sudah berada di landasan untuk memenuhi sasaran jadual penghantaran vaksin COVID-19 bagi Asia Tenggara.

Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata, kilang Siam Bioscience Co Ltd yang mengeluarkan vaksin berkenaan di Thailand, akan menghasilkan kira-kira 180 juta dos tahun ini.

ÔÇťSerentak dengan penghantaran bekalan vaksin tempatan, AstraZeneca akan mula mengeksport vaksin berkenaan ke negara Asia Tenggara pada awal Julai.

“Satu pertiga ┬ádaripada kapasiti bekalan tempatan dikhaskan kegunaan┬áThailand, berdasarkan pesanan pembekalan sebanyak 61 juta dos vaksin. Baki dua pertiga daripada kapasiti bekalan Thailand akan diagihkan ke rantau Asia Tenggara berdasarkan tempahan,ÔÇŁ katanya.

AstraZeneca menyatakan, Thailand akan menerima enam juta dos vaksin COVID-19 pada bulan ini.

Ia menyatakan, sebanyak 4.7 juta dos vaksin sudah dihantar kepada Kementerian Kesihatan Awam Thailand dan selebihnya akan dihantar minggu ini.

Laporan pada awal bulan ini menyatakan, beberapa negara termasuk  Malaysia, Taiwan dan Filipina mendakwa mereka lewat menerima vaksin AstraZeneca yang dihasilkan di Thailand.

Kempen vaksinasi Thailand yang bergantung kepada vaksin AstraZeneca, turut mengalami kelewatan.

Sehingga Isnin, sebanyak kira-kira 9.14 juta orang telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin dengan kira-kira 2.6 juta sudah lengkap menerima suntikan.

Sementara itu, Presiden AstraZeneca Thailand, James Teague, berkata beliau mahu melihat kadar vaksinasi bertambah rancak di seluruh negara.

“Kami akan terus bekerjasama dengan kerajaan Thailand, untuk mencapai liputan vaksinasi yang efektif di seluruh negara dan rantau ini┬ásecepat mungkin,” katanya.

Pada Oktober 2020, AstraZeneca, Kementerian Kesihatan Awam, Siam Cement Group dan Siam Bioscience menandatangani perjanjian mengenai komitmen bersama  untuk memastikan akses meluas dan saksama terhadap vaksin COVID-19, di Thailand dan di seluruh rantau ini.

AstraZeneca membekalkan vaksin COVID-19 ke seluruh dunia tanpa keuntungan semasa pandemik ini. Lebih 600 juta dos vaksin telah dikeluarkan untuk bekalan kepada 168 negara di seluruh dunia.

 

 

 

 

— BERNAMA

WMY

WMY@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

29  +    =  35