Kerjasama UiTM-WTCKL bakal wujud peluang pekerjaan kepada bakal graduan
ASP Amirul Adli selamat dibawa pulang rumah

PETALING JAYA: Seorang juruterbang Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia yang kemalangan helikopter sewaktu menjalankan penugasan Op Banjir Tahun 2015, ASP Amirul Adli Ahmad telah selamat dibawa pulang ke rumah keluarganya hari ini.
Difahamkan, ASP Amirul Adli Ahmad terlibat dalam kemalangan helikopter sewaktu OPS Banjir di Kelantan pada 31 Dis akhir tahun lalu.

Beliau dibawa dengan penerbangan ihsan pesawat NURI M23-20, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Pangkalan Chepa, Kelantan ke Pengkalan Semenanjung PGU Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Ekoran insiden kemalangan itu, ASP Amirul telah mengalami kecederaan retak tulang belakang (pemasangan ‘casting’ separuh badan) dan dikehendaki berada dalam posisi berbaring.
Sejurus tiba, beliau dibawa dengan menaiki ambulan bulan sabit merah bersama paramedik ke rumah mertua di No. 70, Taman Desa Permatang Jaya, Permatang Pasir, Banting, Selangor.

Menyambut ketibaannya di Pengkalan (PGU) Sungai Besi, diiringi dengan suasana hiba apabila rakan operasinya iaitu Sarjan Mejar Mohd Hood Abd Majid yang cedera ringan dalam nahas sama turut menyambut ketibaannya dan terkesan melihat keadaannya.