Kerjasama UiTM-WTCKL bakal wujud peluang pekerjaan kepada bakal graduan
Asnan Ahmad ‘kembali’ ke KDA FC

Kredit foto Facebook KDA FC
ALOR SETAR, 27 Mei — Bekas pemain Terengganu FC, Asnan Ahmad kembali menyertai pasukan negeri kelahirannya, KDA FC untuk melengkapkan baki saingan perlawanan Liga Super dan cabaran AFC yang bakal diharungi tak lama lagi.
Asnan merupakan pemain pertama yang menyertai KDA FC pada tempoh perpindahan pertengahan musim ini.
Ibarat sirih pulang ke gagang, Asnan, pemain dengan ketinggian 172cm ini pernah beraksi bersama skuad Piala Presiden Kedah sekitar tahun 2003.

Bersama KDA FC, Asnan akan memakai jersi bernombor 4 dan bakal beraksi posisi tengah selain merebut posisi “jeneral” dari Rabih Ataya, Baddrol Baktiar, Fadzrul Daniel.
Asnan sebelum ini pernah beraksi bersama UKM FC selama beberapa musim, sebelum berhijrah ke TFC Disember tahun lepas.
TFC turut mengesahkan pemain berkenaan telah meninggalkan pasukan itu untuk menyertai KDA FC dalam kenyataan melalui laman Facebook mereka.