AS rancang henti perlumbaan senjata, kurangkan peranan senjata nuklear

 AS rancang henti perlumbaan senjata, kurangkan peranan senjata nuklear

WASHINGTON, 4 Mac — Amerika Syarikat berusaha untuk mengelakkan perlumbaan senjata yang mahal, mengurangkan peranan senjata nuklear dan melibatkan Rusia serta dan China dalam rundingan kawalan senjata, kata Rumah Putih dalam panduan sementara keselamatan negara yang baharu, lapor Agensi Berita Sputnik.

“Kita akan menghentikan perlumbaan senjata yang mahal dan membina semula kredibiliti kita sebagai pemimpin dalam kawalan senjata. Itulah sebabnya kita bergerak pantas untuk melanjutkan Perjanjian New START dengan Rusia. Kita juga akan meneruskan pengaturan kawalan senjata baharu,” memetik panduan yang dikeluarkan pada Rabu.

“Kita akan mengadakan dialog dengan Rusia dan China mengenai pelbagai perkembangan teknologi ketenteraan yang muncul yang memberi kesan kepada kestabilan strategik,” kata kenyataan itu.

AS pada masa sama akan memastikan strategi pencegahan yang aman, selamat dan efektif.

Rumah Putih juga berikrar untuk mengekalkan komitmen pencegahan yang “teguh dan boleh dipercayai” terhadap sekutu Amerika.

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

80  +    =  83