Armada BERSATU Johor desak siasat dalang bakar suar di Parit Raja

Oleh Mohd Kamal Ahmad

JOHOR BAHRU, 14 Mei – Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Bersatu Negeri Johor mendesak pihak berkuasa untuk menyiasat siapakah dalang di sebalik demonstrasi jalanan menggunakan suar yang dilaporkan berlaku di Parit Raja, Batu Pahat, malam semalam.

Muhammad Shamsudin Paijan

Ketua Armada BERSATU Johor, Muhammad Shamsudin Paijan menegaskan, tindakan tegas perlu diambil dengan segera bagi menyelesaikan tindakan yang agak serius ini ketika mana negara kita sedang berhempas-pulas membendung penularan COVID-19 dan menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya, Armada BERSATU percaya perbuatan yang tidak bermoral itu didalangi oleh individu yang tidak bertanggungjawab dalam merancang untuk menimbulkan provokasi, spekulasi dan persepsi yang buruk terhadap kerajaan hari ini sehingga melakukan tindakan di luar batasan yang menunjukkan hilangnya sifat patriotisme.

“Armada BERSATU Johor yakin dan percaya tanpa dalang yang menyogok dan mengarahkan provokasi ini dengan menggunakan anak muda sebagai alat provokasi bagi kepentingan politik peribadi, kejadian tersebut tidak akan berlaku.

“Namun, ternyata sudah terlihat beberapa ahli politik telah menunjukkan sokongan dan bersetuju dengan tindakan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan kepada Wacana.my, hari ini.

Malam tadi tular kejadian sekumpulan pemuda yang membakar suar dan memegang kain rentang tertulis perkataan ‘Kerajaan Gagal’.

Menurut Shamsuddin, Armada BERSATU Johor amat kesal kerana rata-rata anak muda dijadikan alat provokasi sehingga menyebabkan implikasi besar kepada masa depan mereka.

“Usahlah memperjudikan masa depan anak muda ini demi kepentingan politik peribadi. Sebaiknya, bimbing anak muda ini dengan menggunakan masa dan tenaga mereka seperti membantu kerajaan menyebarkan kesedaran dan pentingnya mematuhi SOP yang ditetapkan bagi menangani krisis COVID-19 ini,” katanya.

Beliau menegaskan, perkumpulan dan perbuatan sebegini tidak boleh dipandang remeh oleh semua pihak, kerana boleh menyumbang kepada penyebaran kes COVID-19 di negara ini.

“Armada BERSATU Johor juga menyeru kepada semua pihak supaya tidak bertindak di luar batasan sehingga mengakibatkan keadaan yang di luar jangka. Marilah kita sama-sama berganding bahu membantu kerajaan dalam menyebarkan nasihat dan kesedaran dalam membendung pandemik COVID-19 ini dengan sebaiknya,” katanya.

 

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  1  =  3