Armada beri sumbangan kepada 37 surau

 Armada beri sumbangan kepada 37 surau

Muhammad Saiful menyerahkan replika cek sumbangan wang tunai dan barang keperluan asas kepada wakil pihak pengurusan surau di Johor Bahru, hari ini.

JOHOR BAHRU, 20 Jun – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memberikan sumbangan RM500 dan barang keperluan asas dalam program Imarah Surau kepada 37 surau di daerah ini.

Exco Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Pusat, Muhammad Saiful Bahari berkata, sumbangan tersebut dengan pihak pengurusan membayar bil utiliti, manakala barang keperluan asas untuk diagihkan kepada komuniti yang memerlukan dan asnaf di surau berkenaan.

Menurutnya, terdapat ahli jawatankuasa surau terpaksa mencari sumber kewangan untuk menampung kos utiliti sehingga ada aduan mereka mengeluarkan duit sendiri membayar perbelanjaan pengurusan surau.

“Kami maklum Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) turut membantu surau-surau di sekitar Johor Bahru, namun sumbangan ini diberikan untuk meringankan beban dihadapi pihak pengurusan surau.

“Program ini menyasarkan surau-surau di sekitar Johor Bahru dan mengutamakan di kawasan kampung dan pedalaman,” katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.

Program itu tidak dilakukan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 sahaja dan akan diteruskan dari semasa ke semasa.

Beliau berharap, rakyat sedar dan memahami langkah kerajaan melaksanakan
PKP 3.0 pada mulai 1 Jun lalu sehingga ramai yang terkesan.

Namun, keputusan dan langkah yang diambil itu adalah untuk memastikan keselamatan masyarakat terjaga daripada pandemik Covid-19.

“Dengan harapan PKP 3.0 ini kita semua dapat memutuskan rantaian jangkitan serta berjaya menentang wabak ini.

“Antara yang terkesan selain masyarakat yang hilang sumber pendapatan adalah pusat ibadah seperti surau-surau di kawasan komuniti dan sebab itu sumbangan ini diberikan,” katanya.

Nurman Nasyriq

http://wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *