Arab Saudi luluskan vaksin Sinovac, Sinopharm

 Arab Saudi luluskan vaksin Sinovac, Sinopharm

Gambar hiasan

JEDDAH, 25 Ogos — Arab Saudi semalam meluluskan dua lagi vaksin COVID-19, iaitu Sinovac dan Sinopharm.

Ketika ini, Arab Saudi telah meluluskan empat vaksin untuk digunakan di negara itu iaitu Oxford-AstraZeneca, Pfizer-BioNTech, Johnson & Johnson, dan Moderna.

Kementerian Kesihatan Arab Saudi berkata, individu yang sudah lengkap dos Sinovac dan Sinopharm, diterima masuk untuk ke negara itu dengan syarat individu tersebut menerima dos penggalak yang diiktiraf di Arab Saudi.

Arab Saudi sebelum ini menyatakan bahawa individu juga boleh menerima dua dos vaksin berlainan, berdasarkan kajian saintifik yang menunjukkan kaedah itu berkesan untuk mengekang COVID-19.

Menurutnya, berdasarkan syor semasa, dos kedua perlu diambil sekurang-kurangnya selepas tiga minggu dari tarikh dos pertama.

Bagi individu yang pulih daripada jangkitan COVID-19, mereka perlu menerima dua dos vaksin, dengan yang pertama sekurang-kurangnya selepas 10 hari dijangkiti dan dos kedua tiga minggu kemudian.

Jika jangkitan berlaku selepas dos pertama, dos kedua perlu diberikan sekurang-kurangnya 10 hari selepas jangkitan.

Kementerian itu melaporkan 353 kes baharu semalam, menjadikan kes keseluruhan kepada 542,707.

Berdasarkan jumlah tersebut, terdapat 4,377 kes aktif, dengan 1,108 daripadanya adalah kritikal.

Daripada kes baharu berkenaan, 71 direkodkan di Riyadh, Makkah (66), Wilayah Timur (41) dan Madinah (26).

Terdapat tujuh kematian berkait dengan COVID-19, menjadikan jumlah kematian kepada 8,497.

Kementerian itu turut melaporkan kira-kira 62.05 peratus populasi negara itu sudah menerima dos pertama, manakala 37.7 sudah menerima dos kedua.

Berdasarkan perkembangan itu, ia menjangkakan 70 peratus penduduknya sudah menerima dua dos menjelang 9 Oktober.

Muhammad Iqhwan Hakim Abdullah

iqhwan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

53  −    =  48