• Sunday, 20 June 2021, 8:39 am

Apple umum iOS 15, iPadOS 15, macOS Monterey

 Apple umum iOS 15, iPadOS 15, macOS Monterey

 

Susunan Iqhram Ahmad

SAN FRANCISCO, 9 Jun – Syarikat gergasi teknologi, Apple Inc. mengumumkan ketibaan beberapa sistem operasi terbaharunya termasuk iOS 15 dan macOS Monterey, pada acara Worldwide Developer Conference (WWDC) Keynote, yang diadakan secara dalam talian, awal pagi kelmarin.

Memetik laporan CNBC, sistem operasi terbaru ini membawa beberapa ciri-ciri baru selain menambah baik beberapa ciri yang tersedia ada termasuk bar notifikasi, FaceTime, aplikasi cuaca dan peta.

Menurut Naib Presiden Kejuruteraan Perisian Apple, Craig Federighi, penambahan ciri-ciri terbaru ini bertujuan bagi memudahkan navigasi pengguna disebalik setiap produk Apple seperti iPhone, iPad, Macbook dan Apple Watch.

“iPhone telah menjadi sesuatu yang sangat diperlukan, dan tahun ini kami telah mencipta lebih banyak ciri-ciri baru untuk meningkatkan kualiti hidup seharian pengguna selain memudahkan cara untuk berhubung.

“iOS 15 membantu pengguna berhubung sambil berkongsi pengalaman dalam masa nyata, selain membantu mencari fokus dan mengurangkan gangguan. Selain itu, dengan penambahbaikan pada aplikasi peta, ia memberi pengguna cara baru untuk menjelajah dunia,” katanya pada acara berkenaan.

Berikut adalah antara ciri-ciri terbaru yang diumumkan Apple:
• SharePlay – Ciri ini membolehkan pengguna menonton video atau mendengar lagu bersama secara dalam talian.
• Live Text – Dengan bantuan Artificial Intelligence, Live Text mendigitalkan teks dalam gambar, di mana pengguna boleh menyalin sebarang huruf atau nombor di dalam sebuah gamba. Apple mengatakan ianya memudahkan serta mengubah aliran kerja pengguna.
• iPadOS 15 – Sistem operasi terbaru untuk iPad membenarkan pengguna menambah widget ke skrin utama selain akses mudah ke aplikasi. Apple juga memperkenalkan peningkatan pada multitasking.
• macOS Monterey – Sistem operasi terbaru Apple untuk komputer ribanya Macbook membenarkan pengguna menggunakan papan kekunci serta tetikus yang sama di iPad dan Mac pengguna. Selain menambahbaik aplikasi FaceTime.

Semua ciri-ciri baru ini boleh dimuatnaik pengguna pada hujung tahun 2021.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *