APMM tahan tujuh kru bot nelayan Vietnam ceroboh negara

 APMM tahan tujuh kru bot nelayan Vietnam ceroboh negara

Bot nelayan Vietnam yang ditahan di perairan Terengganu pada Khamis 11 Februari 2021. Gambar: Ihsan APMM Terengganu

Oleh Mohammad Ishak

KUALA TERENGGANU, 12 Feb: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh kru termasuk tekong dipercayai warga negara Vietnam yang dikesan menceroboh perairan negara.

Pengarah APMM Terengganu Muhammad Suffi Mohd Ramli

Pengarahnya, Kapten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata, bot nelayan asing itu ditahan Kapal Peronda KM Tegas yang melakukan rondaan Op Kuda Laut di sekitar perairan Terengganu jam 10 pagi, semalam.

APMM turut merampas 500 minyak diesel selain ikan dan sotong seberat 90 kilogram.

“Bot nelayan Vietnam itu dibawa masuk ke Jeti Maritim Negeri Terengganu, pagi ini untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Operasi itu juga bertujuan mengekang penularan COVID-19 yang berkemungkinan menjangkiti warga asing yang menceroboh perairan negara.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai sebarang kejadian kecemasan atau pencerobohan perairan negara boleh menghubungi MERS 999 atau 09-6224357 (Pusat Operasi) Maritim Negeri Terengganu untuk tindakan segera.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  64  =  71