• Monday, 21 June 2021, 3:11 am

APMM tahan tiga bot nelayan langgar syarat sah lesen

 APMM tahan tiga bot nelayan langgar syarat sah lesen

LUMUT, 4 Jun — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan tiga bot nelayan tempatan bersama enam kru termasuk tiga tekong kerana dipercayai melanggar syarat sah lesen di 3.3 batu nautika barat laut Pulau Talang, semalam.

Pengarah Maritim negeriĀ Kapten Maritim Shahrizan Raman berkata bot APMM yang sedang melakukan rondaan Op Benteng dan Op Pintas menahan bot nelayan kelas B di persempadanan perairan negeri kira-kiraĀ  7 pagi.

ā€œKetika ditahan, bot itu sedang melakukan aktiviti perikanan berhampiran Pulau Talang dengan menggunakan pukat tunda sebagai alat penangkapan ikan.

ā€œBot itu juga telah disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 iaitu menangkap ikan kurang dariĀ 5 batu nautika seperti kebenaran syarat sah lesen,ā€ katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Shahrizan berkata setiap bot nelayan berkenaan dikendali dua kru warga tempatan berumur dalam lingkungan 30 hingga 65 tahun.

ā€œPemeriksaan lanjut turut menemukanĀ hasil tangkapan dianggarkanĀ 30 kilogram dan kesemua individu serta hasil tangkapan berkenaan telah dibawa ke Pusat Tahanan Vesel (PTV) Kampung Bharu, Sitiawan untuk tindakan lanjut,ā€ katanya.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *