Anxiety sehingga tiada keyakinan buat persembahan – Ella

 Anxiety sehingga tiada keyakinan buat persembahan – Ella


PETALING JAYA : “Jiwa saya lebih tertekan apabila negara berdepan dengan pandemik, mungkin saya sebenarnya sudah lama mengalami masalah ‘anxiety’ cuma menganggapnya sebagai perkara mudah saja. 

“Tidaklah sehingga hendak mencederakan diri sendiri cuma saya mempunyai masalah untuk berdepan dengan orang ramai. Apatah lagi, mempunyai keyakinan untuk membuat persembahan di hadapan orang ramai”.

Demikian ulas Ratu Rock Malaysia,Ella Aminuddin yang mengakui terjejas akibat pandemik yang melanda negara sehingga memberikan kesan terhadap kesihatan mental dan juga kerjaya seninya. 

Ella atau pemilik nama penuh, Norzila Aminuddin, menjelaskan dia menolak untuk memenuhi undangan persembahan pentas dan mengambil masa untuk kembali aktif bertemu peminat. 

Ella turut menyeru kepada orang ramai yang berdepan dengan masalah yang sama untuk mendapatkan bantuan pakar supaya tidak dibelenggu perkara itu.

“Saya tidak memikirkan mengenai kerjaya dan kewangan, sebaliknya saya memilih untuk duduk di rumah. Bukan perkara yang boleh dibawa main, tangan saya menggigil dan otak menjadi kosong sehingga tidak dapat berbuat apa-apa.

“Alhamdulillah, Saya semakin dapat mengawal masalah anxiety ini dengan bantuan makanan tambahan yang diasaskan daripada bahan semula jadi. Saya menyeru kepada mereka di luar sana untuk bersifat lebih terbuka mengenai masalah yang mereka alami,” kata Ella.

Ella ditemui di majlis menandatangani memorundum persefahaman (MoU) antara Saudagar Santai Group (SSG) dan Ricabot sebagai pengguna dan peserta affiliate Ricabot yang bertempat di Dash Hotel, di sini pada Selasa.

Ella dilantik sebagai duta SSG dan juga berperanan menjayakan program Road Tour – Rock Of Crypto.

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

91  −  90  =