Annil sertai skuad B-22 negara ke Mongolia

 Annil sertai skuad B-22 negara ke Mongolia

Senarai 23 pemain ke Mongolia. FOTO Ihsan FAM

KUALA LUMPUR, 20 Okt – Pemain kelab SGV Freiberg di Jerman, Annil R Vigneswaran disenaraikan dalam skuad Bawah 22 Tahun (B-22) kebangsaan untuk beraksi pada Kelayakan Piala Asia Bawah 23 Tahun (B-23) di Mongolia, hujung bulan ini.

Bagaimanapun pemain muda Johor Darul Ta’zim (JDT) Arif Aiman Mohd Hanapi tidak menyertai skuad kendalian Brad Maloney itu.

Senarai pemain akan beraksi di Ulaanbaatar dari 25 hingga 31 Oktober itu diumumkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), semalam.

Dalam senarai itu, Maloney membawa empat pemain muda beraksi bersama skuad senior kebangsaan pada aksi persahabatan di Amman, Jordan baru-baru.

Mereka adalah Luqman Hakim Shamsudin, Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi, Quentin Cheng dan Mohamad Hakimi Abdullah.

Lima daripada sembilan pemain dari kem latihan pusat Fasa 2 skuad B-22 negara tidak berada dalam senarai
akhir susulan kecederaan adalah Ahmad Aysar Hadi Mohd Shapri, Muhammad Firdaus Ramli, Muhamad Alif Abdul Mutalib, Chia Ruo Han dan K Thivandaran.

Empat pemain tidak berjaya menempatkan diri dalam senarai akhir adalah Muhammad Firdaus Irman Mohd Fadhil, Muhammad Khairi Suffian Khaineyusri, Muhammad Aidil Azuan dan Saiful Iskandar Adha Saiful Azlan.

Pada kempen kelayakan nanti, Malaysia diundi bersama Laos, Mongolia selaku tuan rumah dan Thailand dalam Kumpulan J dan semua perlawanan berlangsung di Stadium Persekutuan Bola Sepak Mongolia (MFF).

Malaysia akan bertemu Laos pada 25 Okt, Mongolia (28 Okt) dan Thailand (31 Okt) untuk mencari tempat ke pusingan akhir Piala Asia B-23 2022 di Uzbekistan pada Jun.

Esme Johari Wahab

http://wacana.my

esme.johari@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *